Akta Hasutan 1948 Akan Terus Dipertahan, Dikekal, Malah Diperkukuhkan Lagi!

Petikan dari Pidato Presiden UMNO, Dato’ Sri Najib Razak sempena Perhimpunan Agung Umno 2014 #PAU2014 :

“Sukacita saya umumkan, AKTA HASUTAN 1948, bukan setakat akan terus dipertahan, dikekal, malah diperkukuhkan lagi!”

“Pertamanya, kita akan masukkan peruntukan khas untuk MELINDUNGI KESUCIAN AGAMA ISLAM, bahkan agama-agama lain juga tidak boleh dihina.”

“Keduanya, kita akan mengenakan tindakan keras ke atas sesiapa yang cuba MENGHASUT SUPAYA SABAH DAN SARAWAK KELUAR DARI MALAYSIA.”

“Walau bagaimanapun, dalam mendakap realiti semasa, pemikiran demokrasi perlu lebih matang dan dihidupkan dalam masyarakat. Apa yang penting dan harus kita ingat, mengkritik dan menyuarakan pandangan konstruktif lagi membina, demi kebaikan adalah digalakkan.”

“Namun, apa-apa jua PERKATAAN, PERBUATAN MAHUPUN UCAPAN YANG MENGHASUT SERTA MENGHINA ISLAM, MELAYU DAN RAJA-RAJA AKAN KITA TENTANG DAN HALANG HABIS-HABISAN!”