Bawani, Listen! Listen! Kenapa Tidak Berpolitik Di Dalam Kuil, Gereja Mahupun Wat Buddha?

Maafkan saya. Saya tidak bersetuju sama sekali menjadikan surau mahupun masjid sebagai tempat penyebaran ideologi politik.

Bukan saya anti mana-mana pihak, tetapi ini adalah keterlaluan. Cukup keterlaluan. Saya tersinggung.

Mungkin rakan-rakan Islam lain tiada masalah dalam soal sebegini, tetapi saya ada masalah. Kenapa tidak berpolitik didalam kuil mahupun gereja mahupun wat buddha?

Jika ada jawapan rasional untuk soalan ini maka jawapan itu juga terpakai secara automatik kepada persoalan kenapa masjid dan surau tidak seharusnya dijadikan tempat penyebaran propaganda politik. Kesal.

https://www.facebook.com/redmikael/posts/619517258153942?pnref=story