Benarkah 1MDB Terlebih Bayar Untuk Beberapa Loji Janakuasa?

Tony Pua dan Rafizi menuduh 1MDB terlebih bayar untuk beberapa loji janakuasa – kebanyakan aset itu pernah disenaraikan. Bukankah harga aset yang tersenarai ditetapkan pada premium dan premium ini atau ‘muhibbah’ (goodwill) ini perlu dibuat penjejasan nilai apabila diambil alih swasta? Apabila disenaraikan semula, bukankah nilai premium ini kemudiannya wujud semula?

Mereka berkata bahawa Power Purchase Agreement (PPA) untuk loji-loji janakuasa yang dibeli 1MDB akan tamat dalam beberapa tahun dan kita harus biarkan perjanjian-perjanjian ini tamat dan membeli semula loji-loji ini sebagai ‘besi buruk’.

Menurut Suruhanjaya Tenaga (EC), margin rizab bagi 2013 adalah 31% dengan keupayaan terpasang sebanyak 21,749 megawatt (MW) dan permintaan puncak pada tahun 2013 adalah 16562 MW.

Menurut Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), margin rizab yang sesuai untuk negara-negara membangun berada di antara 20% dan 35% memandangkan ekonomi matang yang lain dengan pertumbuhan ekonomi yang rata atau sedikit boleh mengurus dengan hanya 5% rizab, tetapi tidak akan cukup kuat untuk setara kadar pertumbuhan yang lebih pantas.

Namun IEA menegaskan tidak ada margin rizab standard dapat digunakan kerana setiap negara mempunyai keutamaan sosio-ekonomi yang berbeza. Sebagai contoh, margin rizab minimum Singapura untuk sistem keselamatan adalah 30%. Menurut Singapore Business Times, margin rizab Singapura pada tahun 2013 adalah 47%.

Bolehkah kita biarkan PPA tamat dan biarkan loji-loji janakuasa itu menjadi tidak berguna serta hapuskan 2000 – 4000MW dari grid? Bolehkah?

PPA akan tamat tempoh (semuanya begitu) dan Kerajaan akan ‘diugut dengan tebusan’ oleh ‘kroni-kroni’ itu jika kita tidak memberi kadar baru yang lebih menguntungkan bagi mereka untuk melanjutkan perjanjian dan memastikan loji mereka terus beroperasi.

Ia bukan seperti mengisi minyak di mana jika anda tidak suka satu stesen, anda boleh pergi ke stesen seterusnya. Tidak banyak pun ‘stesen’ IPP untuk dipilih.

Bagi mereka yang percaya kita boleh lakukannya, saya menggalakkan anda (atau Tony Pua atau Rafizi) untuk membina loji janakuasa anda sendiri dan biarkan ia begitu sahaja tanpa beroperasi dan menunggu PPA lain tamat lalu lantas dengan serta-merta anda boleh datang dan mengambil alih konsesi daripada loji-loji janakuasa yang lain (dengan nilai besi buruk?).

Sekurang-kurangnya Malaysia tidak ‘diugut untuk tebusan’ dan boleh memilih janakuasa dari pelbagai pilihan. Ada yang dipilih dan ada yang akhirnya akan menjadi ‘besi buruk’ tidak menjalankan apa-apa.

Orang-orang yang mempunyai minda seperti ini mesti berfikir loji janakuasa adalah seperti restoran makanan segera. Tidak suka makan McDonalds boleh pergi makan KFC disebelahnya atau sebaliknya.

Oleh Lim Sian See
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1589146821304106?pnref=story