Dahulu, Lim Guan Eng Membenci Peguambela Utama Anwar Ibrahim Kes Liwat 2, Gopal Sri Ram

Adakah anda tahu bahawa Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dahulu membenci ketegasan Gopal Sri Ram, peguambela utama Anwar dalam rayuan akhir kes Liwat 2?

Awalnya pada tahun 1998, Lim Guan Eng telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah tinggi atas kesalahan dengan niat jahat mencetak berita palsu di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan juga Akta Hasutan 1948.

Hukumannya hanya denda RM15,000 tetapi tidak ada hukuman penjara.

Lim Guan Eng kemudian mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

Ketua hakim Mahkamah Rayuan, Gopal Sri Ram kemudian berkata “Sudah tiba masanya mahkamah memberi mesej yang jelas bahawa ia tidak boleh bertolak ansur dengan apa-apa serangan terhadap badan kehakiman.”

Gopal kemudian meningkatkan hukuman dari denda RM15,000 kepada 36 bulan penjara.

Dan Tokong dimasukkan ke penjara.

Oleh Lim Sian See:
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1581152958770159?pnref=story