Harga Petrol RON95 Dan Diesel Mengikut Kaedah Pengapungan Terkawal Mulai 1 Disember, Tiada alasan Bagi Peniaga untuk Tidak Turunkan Harga Barang Jika Harga Minyak Turun Dimasa Hadapan

Seperti yang diumumkan, bermula 1 Disember 2014, tidak akan ada subsidi lagi untuk petrol RON95 dan diesel, dan harga kedua-dua bahan api itu akan mengikut mekanisme yang sama dengan RON97.

Persoalannya ialah, Baik atau Tidak?

Berikut adalah nota pendek saya untuk keputusan tersebut:

1. TIDAK BAIK apabila sesetengah harga akan tida-tiba naik, tetapi BAIK untuk jangkamasa panjang, kerana kita akan tahu siapa yang sebenarnya menjadi punca apabila harga minyak turun.

2. TIDAK BAIK bagi mereka yang kedekut yang menaikkan harga, apabila kos mereka tidak benar-benar terjejas oleh harga bahan api.

3. TIDAK BAIK untuk perniagaan-perniagaan yang tidak benar-benar merancang logistik mereka dan lain-lain.

4. BAIK untuk kerajaan kerana mereka tidak perlu lagi menjawab apa-apa yang berkaitan dengan kenaikan harga disebabkan harga bahan api lagi selepas ini.

Sudah tentu, memberi atau tidak memberi subsidi, sentiasa TIDAK BAIK kepada mereka yang menentang tanpa sebab yang baik. Bagi salah, tak bagi salah.

Apa pendapat anda?

Nota: Selepas ini, contohnya, jika anda pergi ke mana-mana gerai mamak, dan mereka berkata kerana harga RON95 naik, mereka menaikkan harga mereka, pukul muka mereka JIKA apabila harga RON95 turun, mereka tidak menurunkan harga mereka, ok?

Soalan orang ramai : Sesetengah bertanya mengapa harga RON95 tidak mengikut mekanisma RON97? Sekarang dengan RON95 ikut sama, mengapa mereka yang sama harus marah?

http://ondastreet.wordpress.com/2014/11/21/no-more-ron95-subsidy-good-or-bad/