Hero Rakyat Atau Pejuang Korporat?

Artikel ini ditulis pada Febuari 2014 ketika Tony Puas asyik membela YTL dalam ‘pertandingan’ tender Projek 3B loji janakuasa arang batu 2000 MW yang akhirnya dimenangi 1MDB. Mengapa Tony Pua, DAP dan seterunya Pakatan Rakyat begitu beria membela YTL? Baca dan hadam.


Walaupun kita terus menunggu dan berspekulasi mengenai siapa yang akan memenangi Projek 3B loji janakuasa arang batu 2000 MW, Tony Pua ‘wira rakyat’ telah memutuskan untuk bersusah payah hari ini dalam memperjuangkan ‘pemenang sebenar’ YTL Corp.

Encik Pua, dalam blognya, bimbang bahawa jika akhirnya Projek 3B jatuh ke tangan pesaing terdekat YTL, 1MDB, ia adalah kerana keputusan yang tidak adil diwarnai oleh pengaruh politik, dan rakyat yang akan menanggung akibatnya. Oleh itu, YTL mesti menang.

Benarkah Encik Pua? Bukankah rakyat secara tepatnya selama ini sudah menanggung akibat kerana YTL menang tender terdahulu?

Mungkin kita perlu mengingatkan Encik Pua semula, yang semakin dimamah usia. YTL adalah yang pertama di antara ‘penghisap darah’ IPP generasi pertama yang menandatangani PPA yang menekan dan berat sebelah dengan TNB pada tahun 1995 yang kemudiannya menjamin pulangan loji janakuasanya sebanyak 20% untuk tempoh 21 tahun.

Adakah anda masih ingat apa yang anda sedang lakukan pada tahun 1995? Kerana anda masih membayar harga untuk perjanjian yang ditandatangani YTL pada masa itu, dan akan terus membayarnya hinggalah ke tahun depan.

Dengan konsesi mereka akhirnya berakhir pada tahun 2015, YTL terdesak untuk mendapatkan Projek 3B. Mereka membida tawaran yang paling rendah pada 25.12 sen/kwh, dan tawaran 1MDB berjumlah 25.33sen/kwh, perbezaan sebanyak 0.21 sen atau hanya 1%. (Ini adalah jurang yang lebih hampir berbanding perbezaan 0.42 sen yang Encik Pua petik dari The Edge yang dipetik daripada ‘beberapa’ dokumen?).

TNB dan Malakoff membida kira-kira 28 sen/kwh dan 26 sen/kw masing-masing.

Ia bukanlah satu rahsia dalam industri yang YTL berjaya mengemukakan harga yang lebih rendah dengan membawa masuk pembuat dandang (boiler) berkualiti rendah. Bagaimana rendahnya dari piawaian? Nah, di atas kertas, Doosan dari Korea Selatan tidak memenuhi syarat untuk keperluan utama digariskan dalam dokumen RFP yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

Adakah dandang Doosan mempunya rekod terbukti dalam kategori Ultra Super Critical (USC)? Tidak. Dandang USC pertamanya hanya akan siap dan bermula pada tahun 2017. Itu 2 tahun lagi.

Tetapi saya menegaskan sekali lagi, ini adalah di atas kertas. Bagaimana tawaran bidaan YTL dapat lepas adalah soalan yang perlu ditanya Suruhanjaya Tenaga.

Encik Pua walau bagaimanapun asyik mencanangkan harga bidaan yang lebih rendah. Itu yang sepatutnya menjadi perdebatan utama untuk memilih pemenang? Jika kita setuju dengan hujahnya, 1MDB sepatutnya menang Track 3A, loji janakuasa arang batu 1,000 MW yang dianugerahkan kepada TNB pada tahun 2013. Tetapi ini tidak berlaku, walaupun membida tawaran yang paling rendah, kerana ada pertimbangan yang lebih luas.

Untuk Projek 3B, YTL ‘tidak bertuah’ kerana memilih tapak kilang yang lebih jauh dari pusat beban utama di Lembah Klang. Pengguna elektrik yang paling tinggi adalah di kawasan tengah. Bekalan elektrik perlu melalui 160km dari Tanjong Tohor, Johor untuk sampai kepada pengguna utamanya, sekurang-kurangnya tiga kali ganda perjalanan dari mana-mana lokasi janakuasa yang dicadangkan, di mana kesemuanya adalah di kawasan tengah.

Kerugian transmisi yang berlaku semasa perjalanan itu, walaupun pada anggaran konservatif 2% kerugian, telah pun meningkatkan harga tawaran bidaan YTL lebih daripada apa yang ditawarkan oleh 1MDB.

Selain itu, talian penghantaran baru yang perlu dibina sehingga ke Tanjung Tohor akan melibatkan kos yang tinggi pada TNB. Bagaimana banyak? Kos talian penghantaran SAHAJA, tanpa mengira kerugian transmisi yang pasti berlaku, boleh mencecah RM700 juta.

Untuk tawaran ini, jika dilihat dengan gambaran yang lebih luas, perbezaan harga tawaran 1% antara YTL dan 1MDB akan menjadi lebih. Harga yang ‘sebenar’ yang perlu ditanggung oleh TNB dan Kerajaan, dan paling utamanya rakyat, adalah lebih tinggi jika YTL menang.

Sejak bertahun-tahun YTL juga telah peroleh, dengan pelbagai tahap kontroversi:

1) Konsesi 30 tahun untuk membiaya, membina, menyenggara dan mengawal operasi ERL pada tahun 1997 yang dianggarkan berjumlah RM2.4billion. Anda harusnya gembira untuk mengetahui bahawa anda masih memberi subsidi operasi ini melalui cukai RM2 dan RM6 masing-masing untuk setiap penumpang domestik dan antarabangsa. YTL juga melakukan sambungan ERL untuk KLIA2.

2) Kontrak pembersihan sungai RM1 bilion pada tahun 2007.

3) Dan yang terbarui, projek 1Bestarinet untuk menyediakan jalur lebar kepada sekolah-sekolah yang menelan belanja RM1.5billion, yang telah dikritik kerana sedang digunakan sebagai satu cara untuk mengembangkan rangkaian 4G YTL.

Dan banyak lagi. Kebanyakannya diberi akibat hubungan rapat dengan mereka yang berkuasa.

Adakah kita benar-benar perlu memberi ‘ganjaran’ yang lebih lagi kepada YTL? Biar saya nyatakan untuk Encik Pua – YTL menawarkan bidaan yang lebih rendan untuk Projek 3B – tetapi dengan kos tambahan beratus juta ringgit yang perlu ditanggung oleh Tenaga dan Kerajaan, untuk janakuasa yang akan mempunyai jentera berkualiti rendah (lantas risiko kerosakan lebih tinggi), yang ditanggung oleh rakyat.

Jadi mengapa Encik Pua memperjuangkan YTL?

YTL, binatang raksasa korporat yang menggemari kontrak besar. Jangan tiba-tiba ‘gambarkan’ mereka sebagai berkhidmat untuk rakyat – ia adalah malas dan hipokrit.


Diterjemahkan dari:
http://thebenchmark0.blogspot.com/2014/02/peoples-hero-or-corporate-champion.html