Industri Balak Adalah Industri KORUP! – Adnan Satem, Ketua Menteri Sarawak

Dalam satu majlis yang jarang berlaku bersama dengan hartawan balak Sarawak, Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mengejutkan tetamu dengan melabel industri berkenaan sebagai industri ‘korup’.

Beliau juga memberi amaran kepada firma pembalakan bahawa beliau akan ‘tanamkan rasa takut kepada Tuhan untuk sesiapa yang tidak jujur’.

Hari ini, Adenan membawa bersama 6 syarikat pembalakan yang terbesar di negeri ini untuk menandatangani ‘ikrar integriti’, sekaligus mengambil peluang untuk mengeluarkan amaran beliau mengenai pembalakan haram.

6 syarikat tersebut adalah KTS, Rimbunan Hijau, Samling, Shin Yang, Ta Ann dan WTK dan memberitahu mereka ‘jangan main-main dengan saya’.

Kepada pegawai penguatkuasaan undang-undang di negeri ini terhadap pembalakan haram, Adenan menegasakan beliau tidak akan bertolak ansur terhadap pegawai yang ‘ada mata tetapi buta, ada telinga tetapi pekak, ada mulut tetapi bisu’.

Beliau menyifatkan budaya rasuah adalah satu budaya yang sangat teruk, dimana mencerminkan apa yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pegawai penguatkuasa.

“Memang ada, walaupun tidak semua, malah ada yang berpura-pura tidak tahu. Sebabnya mudah; sama ada mereka bodoh, pengecut atau rasuah,” kata Adenan kepada semua tetamu jemputan yang terdiri daripada ahli-ahli Kabinet negeri, kakitangan awam dan beberapa individu paling kaya di Sarawak.

“Saya akan dakwa anda dengan bantuan dari Badan Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). Kita mungkin akan kehilangan hutan kita jika kita membiarkan perkara ini terjadi.

“Segelintir (penguatkuasa) mereka takut dengan samseng, mereka takut akan menerima ancaman bunuh melalui mel, baiklah, dan anda katakan kepada mereka, ‘Adenan perintahkan untuk kuatkuasakan undang-undang’. Tiada lagi alasan untuk tidak berbuat apa-apa tindakan.”

Adenan berkata rakyat Sarawak tidak boleh bertolak ansur dengan rasuah lagi kerana berjuta-juta aset telah hilang dan reputasi hasil negeri semakin teruk di peringkat antarabangsa kerana ‘rompakan ini dilakukan di siang hari’.

Beliau memberi amaran kepada firma pembalakan untuk ‘berhati-hati dan arahkan kontraktor, sub-kontraktor, pengurus, pembekal dan lain-lain’.

“Katakan kepada mereka untuk berhati-hati, menegaskan mereka perlu berikrar integriti,” katanya.

Adenan juga yakin pihak SPRM akan membuat lebih banyak operasi tangkapan.

“Saya maksudkan apa yang saya sampaikan. Ia bukan hanya cakap kosong,tidak ada tindakan. Kegiatan rasuah di negeri ini sangat teruk dan saya tidak boleh bertolak ansur lagi.”

Beliau berkata kerajaan negeri juga akan mewartakan lebih banyak kawasan hutan sebagai taman negara.

“Saya akan buat lebih banyak taman negara,lebih daripada keperluan United Nation sebanyak 10%.”

Majlis menandatangani ikrar integriti oleh syarikat pembalakan telah diadakan di Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak.