Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin Tidak Tahu Apa Tentang Ekonomi Atau Perkembangan Dunia Cuba Jadi Jaguh Isu Minyak Negara

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin adalah benar-benar Zombie dan tidak tahu apa tentang ekonomi atau perkembangan dunia.

1) Beliau berkata “Jika rakyat ingat, PM berjanji harga petrol takkan dinaikkan semasa kempen pilihan raya,” kata Zuraida dalam satu kenyataan hari ini.

“Adakah dia mengalami amnesia atau adakah dia suka mungkir janji sepanjang masa?” Dia bertanya lagi.


Wahai Zuraida, sila tunjukkan di mana di dalam Akujanji BN PRU13 yang Najib sebutkan beliau tidak akan menaikkan harga petrol (atau mengurangkan subsidi). Sudah bertahun-tahun Najib berkata tentang rasionalisasi subsidi.

Satu-satunya masa Najib berjanji adalah bagi tahun 2012, beliau tidak akan kurangkan subsidi petrol dan beliau tunaikan serta dengan itu harga petrol tidak meningkat pada tahun 2012. Ini adalah fakta.

2) Zuraida berkata: “Kerajaan BN sentiasa membandingkan harga minyak negara kita dengan negara-negara yang tidak mengeluarkan minyak,” katanya.


Wahai Zuraida, Thailand dan Indonesia (juga Filipina) juga mengeluarkan minyak jadi bolehkah kita membuat perbandingan dengan mereka? Kedua-dua negara-negara mungkin mengeluarkan minyak tetapi adakah mereka pengeksport BERSIH? Adakah kita menghasilkan lebih banyak minyak daripada yang kita eksport?

Tidak, Malaysia adalah samada pengeksport bersih kecil atau pengimport bersih (net importer) dan kita tidak menghasilkan minyak per kapita sebanyak negara-negara lain.

Sebagai contoh, Brunei menghasilkan 40 kali lebih banyak minyak per kapita berbanding Malaysia. Itulah sebabnya Brunei mampu untuk mengeksport minyak begitu banyak dan membuat simpanan minyak domestik yang rendah. Mereka juga boleh tidak bergantung pada cukai pendapatan.

3) Zuraida berkata bahawa keuntungan yang Malaysia jana dengan menjual minyak yang berkualiti tinggi kepada negara-negara lain dan mengimport petrol gred rendah untuk kegunaan domestik, tidak disalurkan kepada rakyat.


Wahai Zuraida, sila berhenti hidup dalam masa silam. Sila faham bahawa minyak ‘berkualiti tinggi’ kita tidak lagi menguasai premium besar berbanding minyak yang berkualiti lebih rendah.

Sila baca:
https://www.facebook.com/BukanZombie/photos/a.176411609205284.1073741827.176409242538854/358967684283008/?type=1

Wahai Zuraida, apakah tugas sebenar anda dalam PKR? Kenapa setiap kali anda membuka mulut anda, keluar ‘sampah’?

Apakah nilai anda pada PKR atau Malaysia, untuk perkara itu.

Oleh Lim Sian See
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1589714791247309