Mengapa Selama Ini TOny Pua Menyerang 1MDB Tetapi ‘Mencium’ YTL?

1. Pakatan Rakyat, DAP khususnya, telah menjadi sangat rapat dengan taikun korporat sejak mereka mengambil alih Pulau Pinang dan Selangor.

2. Oleh itu, apa yang mengejutkan jika pemimpin muda DAP menjadi rapat dan memihak pada mereka dalam urus niaga korporat?

3. Tidak seperti Lim Kit Siang, pemikir ideologi DAP yang terakhir, aktivis DAP yang lebih muda tiada ideologi. Mereka adalah praktikal.

4. Ia bukanlah satu rahsia lagi bahawa syarikat-syarikat dan hartawan Cina dan India, walaupun orang-orang yang telah ‘dicipta’ atau diselamatkan oleh pemimpin Umno, dilayan baik oleh PR di Pulau Pinang dan Selangor. Orang Melayu tidak begitu bernasib baik. Mereka digelar KRONI UMNO.

5. Di Pulau Pinang, beberapa syarikat dan jutawan Cina era BN menerima layanan yang lebih baik daripada kerajaan negeri pimpinan DAP.

6. Sesungguhnya ia bukan satu trafik sehala. Anda menggaru belakang saya, saya menggaru belakang anda. PR di Pulau Pinang akan semakin (atau sudahpun) mantap dari segi kewangan hasil sumbangan ‘derma’ politik daripada syarikat-syarikat dan jutawan ini.

7. Saya pasti ia telah berlaku semasa PRU 2013. Ia adalah sebab wang / kekayaan inilah menjadi buruan PR untuk menakhluk Johor pada 2013. Lebih kaya negeri itu, lebih mudah untuk PR mengutip sumbangan ‘derma’ politik.

8. Jadi apa yang begitu menghairankan jika Tony Pua atau / dan orang baru PR lain memilih pihak dalam urus niaga dan tawaran korporat? DAP bukan satu parti politik yang turunkan dari syurga.

Oleh A Kadir Jasin



Mengapa beria-ia Tony Pua menyerang 1MDB dan ‘mencium’ YTL sejak dari proses bidaan projek 3B loji janakuasa arang batu yang akhirnya dimenangi 1MDB hingga sekarang? Fikir sendiri.