Rafizi Ramli Berkata Harga Barang Tidak Akan Turun Walaupun Harga Minyak Diturunkan Berlawanan Dengan Apa Yang Dinyatakan Semasa PRU13 Dahulu

Rafizi, sebagai seorang bekas pekerja Petronas sebelum ini seharusnya tahu lebih baik daripada menyamakan harga mentah dengan harga produk. Ini menunjukkan sama ada anda sering tidur di tempat kerja atau anda tidak mempunyai pengetahuan sama sekali dalam urusan minyak.

Bahagian yang ironi daripada artikel ini adalah, beliau mendakwa walaupun harga minyak diturunkan, harga barangan tidak akan turun. Jadi, bukankah ini berlawanan dengan apa yang dia katakan semasa PRU13 dahulu? Pernah atau tidak dia katakan bahawa untuk menjadikan harga barang lebih murah, harga petrol perlu diturunkan? Jadi yang mana satu?

Seperti yang anda juga telah berkata, harga minyak mentah telah turun sebanyak 20% tetapi anda gagal untuk melihat bahawa kadar pertukaran USD / RM telah berubah. RM telah lemah berbanding USD. Harga mentah dibayar dalam USD dan petrol di pam dibayar dalam RM. Jadi bagaimana? Adakah mungkin untuk Rafizi mengajak guling-guling supaya pasaran dunia menggunakan RM untuk minyak mentah?

Juga, beliau gagal untuk mengambil kira bahawa kos pengeluaran daripada minyak mentah ke produk akhir adalah lebih tinggi. Jadi, bolehkah dia mengajak guling-guling juga supaya para tauke yang membekalkan kepada Petronas juga memberi diskaun 20%?

Jadi, sehingga dia mampu melakukan itu, tidak kira berapa banyak anda guling, matematik anda masih ditandakan sebagai “F”.

http://www.malaysia-today.net/pkr-mp-threatens-mass-protest-if-fuel-prices-not-cut/

Artikel oleh Siao Kent Sing yang diterjemahkan:
https://www.facebook.com/siaoks/posts/10205462875194311?pnref=story