Sila Hentikan Alasan ‘SAMPAH’ Dan Politik. Luluskan 1MDB Untuk Membina Rumah Mampu Milik Kerana Anda Masih Gagal Untuk Membinanya

Wah, kenyataan yang paling bodoh dari ‘Tokong’ Pulau Pinang.

“Dalam satu kenyataan, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP mendakwa bahawa 1MDB telah pun kerugian anggaran RM1.3 bilion dalam projek ini kerana tiada pembangunan di 234 ekar tanah setinggan.”

Beliau berkata bahawa 1MDB mengalami kerugian sebanyak RM1.3 bilion kerana mereka membeli tanah itu untuk harga RM1.3 bilion dan belum membangunkan lagi dan dengan itu RM1.3 bilion tersebut hilang!

Hello, Tokong. Tanah itu masih ada di situ. Ia tidak tenggelam ke dalam tanah atau meletup.

Apa yang anda mengarut mengatakan RM1.3 bilion sudah hilang? Tanah itu masih ada di situ bukan? Dan ia mungkin telah meningkat nilai juga.

Sila lakukan tugas anda untuk memastikan 1MDB boleh membangunkan tanah tersebut dengan meminta MACAI anda dengan pantas bantu menggerakkannya untuk pembangunan dan berhenti memberi alasan bodoh untuk menghalangnya.

Bagaimana pula bon RM38b yang diisukan 1MDB menjadi kebimbangan anda? Anda fikir mereka tidak boleh membayarnya jadi mereka tidak mampu untuk membangunkan projek ini?

Tetapi bukankah pengikut anda yang mengatakan kerajaan persekutuan yang menjamin hutang itu yang bermakna 1MDB tidak akan bankrap?

Dan jika anda fikirkan bahawa Kerajaan Persekutuan akan bankrap lantas 1MDB juga bankrap, ini bermakna Pulau Pinang JUGA akan bankrap kerana saya harap anda ingat bahawa Pulau Pinang adalah sebahagian daripada Malaysia dan bukan sebuah negara tersendiri yang merdeka.

Jadi, sila hentikan alasan ‘sampah’ dan politik. Hanya luluskan 1MDB untuk membina rumah mampu milik kerana anda masih gagal untuk membinanya.

http://themalaysianreserve.com/main/news/politics/7636-lim-questions-1mdbs-penang-land-purchase

Oleh Lim Sian See:
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1588197161399072?pnref=story