Tony Pua Pelobi YTL Untuk Serang 1MDB?

Satu masalah utama dengan 1MDB adalah ianya satu entiti swasta tajaaan kerajaan tapi ianya bukan syarikat tersenarai yang boleh dedahkan maklumat sehabis-habisnya. Sebagai entiti perniagaan perlu ada kerahsiaan dalam urusannya. Mungkin sekarang masanya belum sesuai untuk dibentang habis urusan 1MDB.

Oleh yang demikian, setiap tuduhannya hanya dijawab dengan penafian. Ini pasti tidak memuaskan hati pelbagai pihak. Model bisnes 1MDB tidak kelihatan jelas melainkan jika seseorang sudah mengikuti perkembangannya dan lebih penting faham hal selok-belok “high finance”.

Dalam hampagas kekurangan maklumat ini maka ada pula pihak yang tahu sedikit telah mengambil peluang dari maklumat yang ada untuk diputarbelit dan direka cerita-cerita buruk untuk menyerang 1MDB.

Diungkit sebab tukar juruaudit. Tidakkah terfikir juruaudit ‘Big 4’ telah digantikan adalah juruaudit ‘Big 4’ juga? Adakah mereka tidak terfikir bahawa juruaudit lepas mungkin tidak faham model bisnes 1MDB lalu tidak berani menandatangan maka terpaksa dicari juruaudit yang faham?

Ada dituduh dana di Cayman Island itu ada penyelewengan. Ingat Cayman Island itu masih lagi pulau persinggahan lanun lagi ke? Itu sudah ratusan tahun tidak!

Ia adalah sebuah pusat perbankan persisiran pantai yang berkait rapat dengan pusat kewangan London dan perkhidmatan di situ berperaturan ketat dan amat profesional. Baca goo.gl/tPE9JL dan goo.gl/Lv71zG.

Dana yang menggunakan khidmat di Cayman Island adalah untuk tujuan pelepasan cukai. Mana-mana pihak korporat biasa menggunakan Cayman Island dan lain-lain ‘Off Shore Banking Center’.

Selepas pelaburan di dalam Petro Saudi dijual, akaun Cayman diguna untuk dilaburkan dalam instrumen Islamik. Tidak seperti GLC lain, 1MDB banyak bergantung pada kewangan Islam. Maka Cayman Island itu ada peranan dalam penyeragaman perakunan. Itu yang juruaudit lama tidak faham juga.

Pastinya akaun Cayman Island bukanlah untuk melabur seperti di dalam filem Werewolf of Wall Street umpama pernah diandaikan oleh seorang blogger yang bertambah hari bertambah tidak bertanggungjawab dan menulis dan menghentam tanpa membuat kajian terperinci. Mungkin sebab dia tidak percaya Nabi Muhammad.

Jika dia percaya dan ikut Nabi Muhammad untuk bersifat siddeq dan amanah, pasti dia TIDAK akan MENIPU dan PUTARBELIT untuk membuat tuduhan 1MDB menipu akaun untuk tunjuk rugi menjadi untung dan dikatakan 1MDB rugi RM25 billion.

Apa isunya dengan ‘revaluation’ aset jika 1MDB sedang merancang menyenaraikan aset IPP kepunyaan mereka? Adakah masuk akal ‘revaluation’ aset boleh diguna untuk tampal kerugian menjadi untung? ‘Revaluation’ melibatkan ‘balance sheet’ dan bukan sebahagian dari ‘profit from operations’. Mana boleh dianggap untung sebab ‘revaluation’ tanpa melihat akaun sepenuhnya?

Begitu juga dengan kerugian yang dikatakan besar. Bukankah sebelum pembangunan Tun Razak Exchange, pihak pemaju 1MDB perlu lakukan pemindahan dan pembinaan fasiliti dahulu? Bukankah ini semua kos tanpa wang masuk lagi?

Punyalah nak bohong hingga saja terlepas fakta sedemikian.

1MDB tidak ada dedahkan akauan atau maklumat tapi di mana Tony Pua dapatkan dokumen untuk katakan surat jaminan kerajaan adalah RM9 billion sedangkan dana pinjaman permulaan dengan hanya surat sokongan atau jaminan adalah hanya RM5 billion.

Tony mahu menghalang kejayaan penyenaraian 1MDB yang sedang merasionalisasi IPP dan jadikan 1MDB National IPP yang mana akan dinikmati oleh semua rakyat Malaysia dan bukan hanya ahli korporat tertentu macam Tan Sri Francis Yeoh!

Tony Pua memang diketahui adalah pelobi untuk YTL tetapi pihak lain yang kuat menyerang 1MDB, melobi atau buat kerja dengki balas dendam untuk siapa pula?

http://theunspinners.blogspot.com/2014/11/tony-pua-pelobi-ytl-untuk-serang-1mdb-ka.html