TUNTUT, Rafizi Gunakan Otak Untuk Berfikir Sebelum Membuat Tuduhan Di Masa Akan Datang

Wahai Rafizi,

1. Anda telah salah lagi semalam kerana mengatakan bahawa penukaran hutang MDV kepada ekuiti bererti bailout walhal ia adalah untuk mengukuhkan kedudukan ekuiti MDV bagi mengimbangi saiz portfolio semasa dan untuk memastikan bahawa MDV mempunyai ekuiti yang mencukupi untuk menyokong pertumbuhan portfolio masa depannya secara berhemah. http://tinyurl.com/q2jy6wg

2. Anda telah salah apabila berkata BR1M adalah untuk merasuah pengundi dan kemudiannya anda ‘u-turn’ dan berkata Pakatan juga akan meneruskan BR1M jika mereka menang.

3. Anda juga telah salah apabila mencadangkan untuk menghapuskan semua cukai kereta dalam tempoh 5 tahun dan membangkitkan kemarahan kesemua pengedar kereta yang memarahi anda kerana cuba menghancurkan perniagaan mereka di dalam mesyuarat tertutup dan juga jika anda benar-benar laksanakan dasar garis masa yang agresif itu, bank-bank akan mengalami kerugian besar. Dalam kes ini, anda telah salah dalam pengiraan cukai bagi Myvi yang lebih tinggi dari cukai sebenar:http://tinyurl.com/k9s5mhy

4. Anda telah salah percaturan dengan teruknya untuk ‘Kajang Move’ dan selebihnya adalah sejarah. Kedua-dua penyokong BN dan Pakatan serta ahli-ahli parti menyalahkan anda. Lihat sahaja apa komen-komen di laman anda ini: http://tinyurl.com/q2nf3cl

5. Anda telah salah dengan mengatakan bahawa mengurangkan harga minyak akan mengurangkan harga barangan dan perkhidmatan walhal dalam dunia sebenar ialah apabila peniaga menaikkan harga mereka, walaupun harga minyak kembali turun, peniaga tidak akan mengurangkan harga: http://tinyurl.com/m95r27u

6. Anda salah lagi pada Februari tahun ini apabila mengatakan bahawa SYABAS tidak harus menyalahkan kekurangan hujan untuk melakukan catuan bekalan air dan kerana mengatakan bahawa empangan adalah penuh dan dalam masa 7 hari, Khalid mengumumkan catuan air kerana kekurangan hujan dan simpanan air di empangan mula berkurang: http://tinyurl.com/p5k2ey3

7. Anda juga telah salah dengan mengatakan kerajaan menjual RM5 bilion aset apabila anda tidak faham apakah makna Asset Securitization dan kami semua mentertawakan anda: http://tinyurl.com/p7jcvpf

8. Anda telah salah apabila anda menyatakan bahawa kadar pertumbuhan pendapatan Indonesia adalah jauh lebih tinggi daripada Malaysia dan menyatakan “Kadar naik gaji Malaysia 2.6%, Indonesia 10%,” kerana anda tidak memahami perbezaan di antara pertumbuhan ‘SEBENAR’ dengan pertumbuhan ‘NOMINAL’ sehingga ahli-ahli ekonomi (termasuk saya) mentertawakan anda: http://tinyurl.com/kaxjd53

9. Satu-satunya perkara yang anda separuh betul adalah isu NFC Corp Bhd tetapi kredit tidak harus diberikan kepada anda kerana ia pertama kali didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara sendiri. Anda tanpa segan silu mengambil kredit untuk itu.

Terdapat banyak contoh-contoh lain kesilapan anda tetapi saya kehabisan ruang untuk post di sini.

Apa yang boleh saya lakukan adalah untuk menuntut (TUNTUT) bahawa anda menggunakan otak anda untuk berfikir dengan baik sebelum anda membuat tuduhan lagi pada masa akan datang.

Oleh Lim Sian See
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1592825254269596&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=1