2013, Lim Guan Eng Membayar RM305 Juta Kepada Syarikat Swasta Yang Tidak Berpengalaman & Diragui utk Melakukan Kerja

Wahai semua ADUN dan ahli politik Pulau Pinang,

Baru-baru ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng amat berbangga mengumumkan dalam Dewan Undangan Negeri, selama 7 tahun bermula 2008 hingga 2014, kerajaan negeri telah membelanjakan sebanyak RM287,138,545.51 bantuan kepada rakyat Pulau Pinang. http://dapmalaysia.org/statements/2014/11/14/19512/

Program-program ini termasuk untuk warga emas, anak emas (keperluan kanak-kanak istimewa), pelajar emas (pelajar cemerlang), sekolah-sekolah, pelajar-pelajar sekolah agama, Agenda Ekonomi Saksama di negeri ini, bantuan bersih untuk nelayan, pemandu teksi dan beca.

Claps! Claps! Claps! Well done!

Tetapi dia berkata kerajaan negeri tidak boleh mengeluarkan lebih lagi untuk membantu rakyat di negeri ini, termasuk untuk pengangkutan dan penjagaan kesihatan kerana ia tidak mampu.

Walau bagaimanapun, hanya dalam satu perjanjian yang ditandatangani pada tahun 2013, dia membayar RM305 juta (sebenarnya RM330 juta kerana harga telah meningkat) kepada sebuah syarikat swasta yang tidak berpengalaman dan diragui untuk melakukan kerja ‘kajian kebolehlaksanaan dan rekabentuk terperinci’ Terowong Pulau Pinang.http://tinyurl.com/k8o65pe

Bolehkah anda semua minta beliau menjelaskan mengapa hanya bayaran satu perjanjian (skop kerja sebahagian besarnya cuma kertas kerja) kepada sebuah syarikat swasta itu lebih mahal daripada keseluruhan perbelanjaan kebajikan dan bantuan bagi 1.65 juta rakyat Pulau Pinang untuk keseluruhan 7 tahun?

Apakah agenda kerajaan negeri Pulau Pinang berdasarkan moto:
“Kroni diambil berat, Rakyat diperbodohkan”?



Nota: RM305 juta kajian kebolehlaksanaan (sebenarnya RM330 jutal kerana harga telah meningkat) akan dibayar dalam bentuk tanah.

Berdasarkan salur pertama tanah ini, Ewein, syarikat dalam penyenaraian, menghasilkan wang RM133 juta dan membuat pengumuman ini di Bursa. Jika pengumuman itu adalah palsu, maka Ewein perlu didakwa.
http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/1654645

Oleh Lim Sian See
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1591758501042938