Anifah Aman Pernah Ditawarkan RM100 Juta & Jawatan TPM Sekiranya Bersetuju ‘LOMPAT PARTI’

Ini adalah kenyataan bersumpah di mahkamah. Jika Menteri Luar kita berbohong maka dia akan berada dalam masalah yang sangat besar.

Tidak hairanlah pada tahun 2008, Karpal Singh berkata, “Anwar Ibrahim has created enough trouble for the country. Anwar Ibrahim harus bertaubat”.

Bayangkan rasuah dalam skala ini! RM100 juta!

Bayangkan apa yang Anwar akan lakukan sekiranya beliau dapat menjadi Perdana Menteri malah penyokong Pakatan masih berfikir dia umpama ‘wali’ diutus Tuhan yang tiada dosa.



Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini beliau pernah ditawarkan wang sebanyak RM100 juta sebagai dorongan untuk dirinya agar membawa masuk beberapa ahli Parlimen dari Sabah menyertai pakatan pembangkang.

Menurut Anifah, tawaran tersebut diterima daripada seorang tokoh korporat yang dikenali dengan nama Ishak Ismail di sebuah hotel terkemuka di ibu negara sekitar tahun 2008.

Walau bagaimanapun beliau tidak dapat mengingati sama ada tawaran berupa wang itu dibuat sebelum atau selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepadanya melalui telefon sekiranya bersetuju untuk ‘lompat parti’.

Menjawab mengenai perbualan telefonnya dengan Anwar sekitar Mei dan Jun 2008, Anifah telah menyatakan dengan jelas bahawa beliau tidak berminat untuk berpaling tadah daripada Barisan Nasional (BN).
Menteri itu turut menyatakan, beliau berkemungkinan ditawarkan kedudukan (jawatan Timbalan Perdana Menteri) ekoran ucapannya mengkritik kerajaan kerana kurang memberikan jawatan menteri kepada ahli-ahli Parlimen dari Sabah atau Sarawak selepas pilihan raya umum pada 2008.

“Anwar mengenali saya dan selepas apa yang saya nyatakan di Parlimen ketika itu, saya menjadi sasaran oleh Anwar untuk merealisasikan kerajaan 16 September beliau. Tambahan pula, terdapat beberapa orang ahli Parlimen dari Sabah yang akan mengikut saya sekiranya berbuat demikian,” katanya yang enggan mendedahkan nama ahli Parlimen yang rapat dengannya.

Anifah memberitahu, sebelum Anwar membuat panggilan menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepadanya, sudah terdapat beberapa usaha untuk menarik beberapa ahli Parlimen terutama dari Sabah dan Sarawak namun beliau dan beberapa lagi telah membuat ketetapan untuk tidak berpaling tadah.

Anifah atau nama sebenarnya, Anifa Aman @ Haniff Amman, 61, berkata demikian ketika disoal balas oleh peguam, Razlan Hadri Zulkifli pada perbicaraan kes saman fitnah RM100 juta oleh Anwar selaku plaintif terhadapnya.