Cybervillage Sdn Bhd, Syarikat Milik Tony Pua Yang Disenaraikan Di SESDAQ Mengalami Kerugian 6 Tahun Berturut Hingga Beliau Keluar & Berpolitik

Adakah anda tahu bahawa Tony Pua menyenaraikan CyberVillage Sdn Bhd papan bursa SESDAQ Singapura di tengah-tengah ledakan dot-com pada tahun 2001?

Selain daripada keuntungan kecil dalam tahun pertama 2001, di bawah Tony Pua, CyberVillage telah mengalami kerugian 6 tahun berterusan dari 2002-2007 sehinggalah Tony Pua meninggalkan syarikat tersebut dan menyertai DAP.

Bagi tahun 2002 hingga 2007, syarikat kecil itu mencatatkan kerugian bersih selama 6 tahun berturut-turut berjumlah SGD11.51 juta (kira-kira RM30 juta).

6 TAHUN BERTURUT-TURUT hinggalah Tony Pua tinggalkannya!

Tahun yang paling teruk adalah tahun 2007 di mana ia kerugian SGD2.5 juta – tahun yang sama Tony Pua tinggalkan.

Jika ada mana-mana peguam di sini, bolehkah anda mengakses LawNet dan keluarkan kes-kes undang-undang domestik terhadap ‘Cyber Village Sdn. Bhd’ bagi tempoh 2002-2008?

Selain daripada tindakan undang-undang oleh kumpulan Berjaya terhadap Cybervillage kerana ‘non-delivery’, anda juga akan menyedari bahawa pada 28 Nov 2007, CyberVillage juga disaman sebanyak USD284,347.40 oleh Elixir Group yang berpangkalan di Macau; Ini sebenarnya adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh seorang pengarah rakyat China daripada CyberVillage. Ia agak menarik sebenarnya.

Baca ’emphasis of matter’ terhadap CyberVillage : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1588744208011034&set=pb.100006264096443.-2207520000.1417090423.&type=3&theater

Oleh Lim Sian See
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1591465094405612?pnref=story