Negara Malaysia Sebagaimana Yang Para Zombie Dan Rafizi Mahukan

Apa yang para zombie dan Rafizi mahu jadikan Malaysia:

1. Pendidikan percuma seperti Norway – (tetapi Norway mempunyai GST 25%)

2. Tiada GST seperti Hong Kong – (tetapi Hong Kong mempunyai ketidaksamaan pendapatan antara yang tertinggi di dunia dengan pekali (coefficient) Gini pada 0.537 berbanding dengan 0.431 untuk Malaysia pada tahun 2012 – jatuh dari 0.441 pada tahun 2009)

3. Kesaksamaan pendapatan (income inequality) sebaik Denmark dengan Gini 0.21 – (tetapi Denmark mempunyai harga petrol antara tertinggi di dunia pada harga Euro1.50 seliter atau RM6.32)

4. Harga petrol terendah di dunia seperti Venezuela – (tetapi kadar inflasi Venezuela merupakan antara yang tertinggi di dunia pada 62% setahun)

5. Kadar inflasi terendah di dunia seperti Jepun yang mempunyai inflasi negatif untuk bertahun-tahun – (tetapi mata wang Jepun telah jatuh kira-kira 40% berbanding Ringgit Malaysia sejak dua tahun yang lalu)

6. Kadar pertukaran matawang tinggi seperti Singapura – (tetapi harga kereta mereka tertinggi di dunia di mana kos sebuah MyVi ialah Sing $ 87 ribu atau RM225 ribu berbanding RM41 ribu di Malaysia)

7. Harga kereta serendah di Brunei – (tetapi Brunei tidak mengamalkani demokrasi)

8. Demokratik seperti India, yang dikenali sebagai negara demokrasi terbesar di dunia. – (tetapi India mempunyai kadar rasuah sangat tinggi berbanding Malaysia)

9. Bebas rasuah seperti Finland – (tetapi Finland sedang berhadapan dengan ‘lost decade’ (dekad di mana pertumbuhan ekonomi mereka akan berlaku pada tahap yang sangat rendah) dan telah mengalami pertumbuhan ekonomi negatif atau sifar)

10. Pertumbuhan ekonomi setinggi Myanmar yang sedang mengalami ledakan ekonomi sekarang dengan ramalan pertumbuhan KDNK melebihi 7% – (tetapi Myanmar mempunyai banyak konflik bangsa / agama yang menyebabkan banyak kematian)

11. Tiada atau hanya sedikit ketegangan antara kaum / agama seperti di Nepal yang kebanyakan semua bangsa dan agama yang lebih kurang sama – (tetapi ramai rakyat Nepal suka datang ke Malaysia untuk bekerja dan berkata Malaysia Bagus!)



Sila ambil perhatian bahawa banyak cita-cita / matlamat ini yang bercanggah dengan lumrah.

Sebagai contoh, anda tidak boleh mempunyai kadar inflasi yang rendah dan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan gaji yang pantas meningkat.

Kamu juga tidak boleh mempunyai ekonomi liberal low-tax highly capitalist dan sangat kompetitif seperti Hong Kong dan masih mengharapkan ketidaksamaan sosial yang rendah.

Atau mempunyai harga kereta rendah dengan harga petrol yang rendah dan tidak menjangka kesesakan jalan yang teruk yang boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan menyebabkan kerosakan alam sekitar.

Keseimbangan dan kompromi perlu dipertimbangkan – terutama dalam ekonomi yang membangun seperti Malaysia.

Oleh
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1592546317630823