Sila Tunjukkan Semangat Juang Dan Menjadi Lebih Aktif!

Sudah 19 bulan sejak PRU13. Tinggal hanya 3 tahun 3 bulan lebih untuk PRU14. Kita telah melalui 32% daripada penggal ini – satu pertiga!

Sudah 7 bulan sejak Teng Chang Yeow dilantik semula sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang selepas dia meletak jawatan semasa PRU13.

Saya juga telah google dan Teng Chang Yeow tiada membuat sebarang kenyataan walau sepatah sepanjang bulan November manakala Tokong membuat pelbagai kenyataan setiap hari.

Secara keseluruhannya, sejak dilantik semula, beliau telah membuat kenyataan yang sangat sedikit dan sangat tidak aktif.

Posting terakhir di halaman Facebook beliau yang hanya mempunyai 1,100 likes adalah pada 27 November 2013 dan halaman Facebook peribadinya pada dasarnya menumpukan kepada perjalanan dan lawatan dan sangat sedikit tentang politik.

Ini sangat membimbangkan.

Saya tahu terdapat ramai rakan-rakan Teng Chang Yeow di sini. Bolehkah anda semua sila dorong beliau untuk menjadi lebih aktif?

Sila tunjukkan kepada kami bahawa Gerakan dan BN Pulau Pinang mampu ‘menggigit’ dan menyerang bukan setakat berdiam diri sepanjang masa.

Sila tunjukkan semangat juang dan menjadi lebih aktif! Tunjukkan bahawa Gerakan dan BN Pulau Pinang boleh menjadi pasukan yang aktif dan sentiasa periksa Tokong dan kerajaan DAP Pulau Pinang!

ANDA SEMUA MAHU MELAWAN TOKONG ATAU TIDAK?

Jika anda tidak mahu melaksanakan tugas Pengerusi BN Pulau Pinang, sila serahkan kepada orang lain yang lebih bersemangat untuk melakukannya!

Yang lebih membimbangkan, di peringkat kebangsaan, Muhyiddin menyatakan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya merekodkan hanya 256 ahli MCA, 266 ahli MIC, dan 373 ahli Gerakan berdaftar sebagai pengundi dari bulan Jun 2013 hingga September 2014.

Apa yang berlaku? Mengapa anda semua tidak bergerak?

Sila menjadi lebih agresif dan sila memulakan langkah!

Oleh Lim Sian See
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1592258804326241?pnref=story