Abdul Wahid Omar, 3 Perkara Utama Untuk Mantapkan Ekonomi Pengguna

Sebenarnya, banyak yang boleh dilakukan oleh sektor perniagaan/korporat untuk membantu ekonomi/negara.

3 PERKARA UTAMA yang boleh dilakukan:
1) Bantu mengembangkan ekonomi. Optimumkan perbelanjaan. Berbelanja di dalam negara jika mampu untuk berbuat demikian. Melabur di dalam pasaran domestik.

2) Sentiasa memberi ganjaran kepada pekerja. Jika anda mencatatkan keuntungan yang lebih tinggi, kongsikan dengan mereka. Mereka akan membantu mengembangkan pasaran pengguna dan kuasa beli melalui bonus yang dibayar kepada mereka.

3) Jadilah masyarakat korporat yang bertanggungjawab. Jangan elak cukai, jangan merasuah untuk mendapatkan kontrak dan amalan kebersamaan dan kemampanan pasaran ekonomi dan pasaran pengguna.

Marilah kita sama-sama memainkan peranan kita untuk menempuhi tahun 2015 dan seterusnya.



Ditulis oleh Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.