Agensi penarafan kredit dunia lebih dipercayai dari ahli politik tempatan

Terdapat 3 agensi penarafan kredit yang utama di dunia.

Mereka dipanggil ‘The Big Tree’. http://en.wikipedia.org/wiki/Big_Three_%28credit_rating_agencies%29

Setakat tahun 2013, mereka memegang pasaran penarafan kredit sebanyak 95%, dengan Moody’s dan Standard&Poor’s masing-masing memegang 40% pasaran. Lagi 15% dipegang oleh Fitch.

Walaubagaimanapun, angka ini tidak menggambarkan penguasaan sebenar Moody’s dan Standard&Poor’s kerana ianya menjadi kebiasaan pemiutang untuk mendapatkan penarafan dari 2 agensi ini dan hanya sekali sekala akan ke Fitch sekiranya sebagai contoh Moody’s dan Standard&Poor’s tidak bersetuju.

Maka, Moody’s dan Standard&Poor’s adalah 2 agensi penarafan yang utama manakala Fitch hanya memegang sebahagian kecil dari pasaran penarafan ini.

Kedua-dua Moody’s dan S&P telah mengesahkan pelaburan yang dibuat oleh Malaysia bertaraf gred A (bermakna mereka fikir kemungkinan Malaysia menjadi bangkrap adalah sangat kecil, sama dengan kemungkinan untuk Lim Kit Siang menjadi Perdana Menteri) dengan Moody’s mengekalkan pandangan yang positif terhadap Malaysiahttps://www.facebook.com/BukanZombie/photos/a.176411609205284.1073741827.176409242538854/387803401399436/?type=1

Malah Fitch juga mengekalkan taraf pelaburan Malaysia sebagai Gred A.

Tetapi, S&P telah memotong jangkaan pertumbuhan KDNK Malaysia untuk tahun 2015 kepada 4.6% dari 5.5% https://www.facebook.com/BukanZombie/photos/a.176411609205284.1073741827.176409242538854/388085791371197/?type=1

Masihkah anda ingat bahawa kadar pertumbuhan KDNK pada tahun 2013 juga adalah 4.6%. Adakah rakyat menderita 2 tahun lepas? Adakah terdapat rakyat yang makan rumput?

Jika tidak, mengapa pemimpin Pakatan berkata Malaysia akan mengalami krisis pada 2015, akan bangkrap dan akan berdepan krisis yang sama teruk dengan krisis 1997 & 1998 (terima kasih Ketum!)?

Dan adakah pemimpin Pakatan, yang merangkumi pemimpin yang lulus cukup makan bidang perakaunan (Rafizi dan LGE), usahawan yang gagal (Tony Pua), peguam (Lim Kit Siang), dan ijazah sastera melayu yang lulus cukup makan (Anwar Ibrahim), lebih bijak dan lebih pandai dari ahli ekonomi dan penganalisa serata dunia?

Dan mengapa para zombie bebal sangat dengan mempercayai mereka?

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1621407954744659