Anwar Liwat Peguambela ditegur Oleh Hakim Ketika Bicara

Peguambela-peguambela Anwar kerap kali ditegur pihak hakim ketika berhujah di Mahkamah Persekutuan. Hal ini langsung tidak dilapor media.

Adakah ini penentu keputusan mengekalkan hukuman salah terhadap Anwar yg telah diputuskan Mahkamah Rayuan?

Pada hari 1 perbicaraan pada Oktober 28 2014, Hakim Tun Ariffin Zakaria mengingatkan Dato Gopal Sri Ram bahawa Mahkamah Persekutuan tidak semestinya menerima hujah beliau tentang isu-isu lama mengenai kredibiliti dan teori konspirasi berhubung Saiful Bukhari.

Gopal akui dan hanya kata ‘he’s being instructed by his client’.

N Surendran cuba pertahan keterangan luar kandang saksi oleh Anwar patut diterima. Dia ditegur dan disekolahkan Hakim Tun Ariffin. Keterangan luar kandang saksi hanya ‘assumption’ dan tidak boleh jadi bukti. Gopal geleng kepala kepad Surendran.

Sangeet Kaur dan Ram Karpal yang berhujah isu penting DNA paling kerap ditegur.

Di hari ke-2 Oktober 29 2014, Sangeet Kaur dakwa DNA yang diperolehi tidak berkredibiliti dan menimbulkan isu berhubung pemeriksaan bukti DNA. Beliau diminta Hakim Ariffin untuk tunjuk rujukan MLJ yang diguna untuk berhujah.

Ketika cuba dakwa waran tangkap tidak mempunyai ‘ground of arrest’, Hakim Tun Ariffin arah hujah dihentikan kerana hanya andaian dan lari topik.

Sangeet masih cuba berhujah lagi mempertikai kaitan DNA dari sampel semen dan DNA dari barangan dalam lokap ketika pergulungan di hari ke-7 November 6 2014 tapi diarah hakim supaya berhenti.

Bila giliran Ram hujah, dia timbulkan kewujudan DNA ‘Male Y’ dan DNA pihak ketiga dan dakwa tiada kaitan DNA Anwar dalam sampel ‘Male Y’ dengan air mani dari ‘anus’ Saiful. Ketika menggulung, Ram dakwa ada pencemaran sampel.

Panel hakim segera suarakan keraguan dengan hujah Ram. Hakim Tun Ariffin persoal bagaimana beliau boleh putuskan sampel DNA telah ‘compromised’ dan ‘contaminated’.

Dia merujuk kes Hanif Basri tapi terus disangkal Hakim Tun Ariffin sebagai tidak sama kerana kes Hanif adalah kes bunuh.

Malah Hakim Tan Sri Suryadi menyatakan Ram tak boleh menafikan DNA ‘Male Y’ adalah milik Anwar.

Ram cuba dakwa sampel ujian DNA sudah alami ‘degradation’ tapi tiada isu kerana DNA lengkap masih dapat diperolehi dari sampel. Kemudian dia dakwa 3 doktor HKL tidak boleh buktikan ada penetrasi. Hakim Tun Ariffin betulkan dengan berkata hanya pakar kimia boleh buktikan penetrasi.

Ram secara rambang mempertikaikan saksi Jabatan Kimia, doktor yang memeriksa Saiful dan pegawai penyiasat. Hakim mencelah menyatakan kredibiliti negatif pegawai penyiasat dalam kes yang ditimbulkan SUHAKAM tak bermakna dia tidak berkredibiliti dalam kes lain.

Gopal cuba menggulung menggunakan dakwaan tidak wujud kesan KY Jelly dan air mani di atas karpet tempat berlakunya liwat dan kemudian berkata karpet telah cuba disorok.

Hakim Tun Ariffin jelaskan pada Gopal bahawa air mani berada dalam anus bukannya di atas karpet. Lebih memalukan buat Gopal, Hakim Tun Ariffin beritahu tiada penyorokkan. Pemilik kondo tunjuk karpet yang dipindahkan ke kondo lain untuk pegawai penyiasat dan lain-lain pihak ambil untuk siasatan.

Banyk hujah-hujah ini masih cuba diwar-warkan pencacai Anwar tapi awal-awal ditolak oleh para hakim.

Sumber: http://www.mykmu.net/2015/02/12-fakta-yang-perlu-difahami-mengenai-kes-anwar/