Anwar Mohon Pengampunan Agong

Pelbagai perkara boleh jadi dalam tempoh perbezaan 7 jam.

Secara peribadi memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong ertinya mengakui bersalah melakukan liwat dan dengan itu adakah permintaan itu perlu dipertimbangkan?

Tidak secara peribadi tetapi keluarga memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong bermakna tidak perlu melayan permintaan itu dan bermakna bahawa seluruh keluarga mengakui bahawa ahli keluarga mereka melakukan liwat?

Ini semua sangat mengelirukan.

Tetapi satu perkara yang pasti adalah bahawa pilihan raya kecil Permatang Pauh kini ditangguhkan sejak Speaker Parlimen mengesahkan menerima permintaan itu dan akan menunggu Yang di-Pertuan Agong untuk membuat keputusan.


Keluarga Anwar Ibrahim telah memfailkan rayuan pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong, pada saat akhir terhadap hukuman penjara lima tahun yang dihadapinya atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Notis tersebut difailkan bagi mengelakkan kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat, Fahmi Fadzil berkata rayuan tersebut telah difailkan oleh anak kedua Anwar, Nurul Nuha pada Selasa.

“Rayuan pengampunan tersebut telah dihantar oleh Nuha bersama dengan ibunya ke Istana Negara petang Selasa.”

“Rayuan semakan kehakiman terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan juga akan berjalan seperti yang dirancang,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Pada 12 Februari lalu, Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad berpendapat Anwar mungkin tidak akan memohon pengampunan dari Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, ini kerana sekiranya Anwar berbuat demikian, ia seperti membuktikan bahawa ketua pembangkang itu bersalah di atas tuduhan yang dikenakan ke atasnya.

“Saya tak tahu maklumatnya tetapi saya yakin Anwar tidak akan membuat permohonan (pengampunan) kerana ia membawa pengertian seperti dia bersalah,” kata Khalid dilaporkan Malaysiakini. (LINK)

Pada 10 Februari, Anwar gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi membatalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.