Anwar Penyokong bina persepsi liwat

Banyak fakta dan persepsi sedang dibina oleh penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mewujudkan keraguan terhadap kes liwat beliau ke atas Saiful Bukhari Mohd Azlan.

Persepsi yang dibina ini bertujuan untuk memberi tekanan kepada Hakim atau mewujudkan kemarahan masyarakat sekiranya Anwar Ibrahim didapati bersalah.

Berikut adalah antara 12 fakta yang perlu difahami.

1. Laporan Dr Osman bin Abdul Hamid, Pusrawi yang kononnya tiada penetrasi adalah palsu. Dr Osman berhenti memulakan pemeriksaan sebaik Saiful beritahu diliwat oleh seorang VIP dan mengaku TIDAK LAYAK periksa kes melibatkan jenayah lalu cadangkan pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur.

2. Saksi ketujuh pasukan pembela Dr Thomas Hoogland baru-baru memberi keterangan bahawa “sangat tidak mungkin” Anwar telah meliwat pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan ekoran keadaan bahagian belakang yang sakit dan tidak mampu melakukan aktiviti-aktiviti berat.

Namun kenyataan saksi ini dimatikan oleh pendakwaraya yang memaparkan rakaman video Anwar membongkok badan dengan mudah semasa mengangkat baju kotnya.

Jika benar, kenapa Anwar boleh naik basikal bercuti di New Zealand baru-baru ini? Mereka yang sakit pinggang hanya berupaya berbongkok seketika bila menaiki basikal.

Tambah lagi, Anwar berupaya berjoget atas pentas ceramah politik, mendukung serta menimang cucunya yang berumur 10 tahun.

3. Saiful diberi suit jenama mahal BRIONI dan ada bilik sendiri di pejabat ketika baru kerja kurang dari 2 bulan. Tidakkah penyokong Anwar tertanya-tanya tentang fakta kes ini?

4. Tambah lagi, Mahkamah Tinggi terima keterangan Saiful sebagai saksi berkredibiliti dan konsisten. Ia tidak sama dengan saksi kes liwat pertama, Azizan bin Abu Bakar yang gagal beri tarikh yang tepat malah berubah-ubah.

5. Pembelaan tidak bangkang keterangan datang dan pulang Saiful ke kondo. Bukti menunjukkan Saiful datang ke kondo, menaiki van WKP5925, keluar dari kondo, dan akhirnya pulang dengan kereta WMK6. Tiada isu Saiful tidak berada di kondo.

6. DNA Anwar dijumpai 4 cm dalam dubur Saiful. Mahkamah Tinggi terima bukti 4 calitan swabs (cotton buds) ada semen dan sperma. Juga DNA dari 4 calit sama dengan DNA dari sampel tuala “Good Morning”, botol air dan berus gigi yang diguna Anwar ketika di lokap.

7. Tiada isu Saiful lambat buat report polis. Mahkamah rayuan menerima alasan yang diberi ketika dibicara di Mahkamah Tinggi.

8. Bahan bukti tidak tercemar atau diubah (tampering). Hujah tampering oleh peguambela tidak relevan. Pegawai penyiasat Jude Pereira hanya gunting sampul luar dan bukan plastic seal berisi bahan bukti yang perlu di seal mengikut prosedur dan piawaian yg ditetapkan.

9. DNA pada semen tidak luput. Memang boleh terhapus atau turun kualiti tapi tahap penurunan adalah tak sama. Yang penting, pakar kimia dari Jabatan Kimia Malaysia dapat jumpa semen, sperma dan bakteria, dan DNA dapat diperolehi.

10. Keterangan Anwar dari kandang tertuduh tiada kredebiliti. Ia bukan keterangan yang kuat seperti keterangan bersumpah dari kandang tertuduh yang boleh disoal balas dan boleh dianalisis.

11. Peguam bela gagal kemukakan 13 saksi dalam permohonan dan nama telah diberi pada awal-awal prosiding. Tanpa alibi, Anwar tidak boleh sangkal dia tidak berada di kondo kejadian atau bersama keluarga seperti dikatakan Wan Azizah.

12. Saksi DNA pembelaan bukan pakar. Sepanjang perbicaraan, saksi ‘pakar’ hanya memberi pendapat dan bukan kepastian. Mereka sebenarnya bukan pakar bidang DNA.