Anwar Pesalah Kes Liwat bukan Tahanan Politik

Ini adalah kenyataan media yang dibuat oleh salah seorang anak KETUM Anwar Ibrahim, Nurul Nuha, selepas anggota keluarga Anwar muncul di Istana Negara pada kira-kira jam 3.30 petang semalam:


Segala puji bagi Allah yang Maha Kuasa.

Bagi pihak keluarga kami, saya dengan penuh rasa rendah diri ingin menyampaikan rasa terharu dan bersyukur ke hadrat Illahi dengan sokongan dan semangat solidariti daripada rakan-rakan serta para penyokong di dalam dan dari luar negara. Hari ini merupakan minggu kedua ayah kami Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan sebagai tahanan politik Malaysia.

Atas inisiatif keluarga, kami memutuskan untuk menghantar petisyen kepada Duli Yang Maha Mulia Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah Yang Dipertuan Agong – berdasarkan berlakunya pengenepian prinsip-prinsip keadilan dan pembelaan daripada penganiayaan fitnah ke atas Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mahkamah mungkin telah menjatuhkan hukuman bersalah tetapi, namun ayahanda kami tidak bersalah. Justeru itu kami membuat permohonan petisyen bersandarkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Kami meletakan keyakinan kepada proses perlembagaan ini serta percaya prinsip keadilan akan ditegakkan apabila kesemua fakta-fakta diteliti secara menyeluruh tanpa campur tangan politik maupun mana-mana cabang kerajaan bersesuian dengan prinsip pemisahan kuasa melalui institusi Raja Berperlembagaan.

NURUL NUHA ANWAR
Penyelaras
#March2Freedom


Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Nurul Nuha seperti di atas, kononnya keluarga Anwar Ibrahim sebenarnya tidak meminta pengampunan daripada YDP Agong semalam. Sebaliknya mereka memohon agar YDP Agong masuk campur untuk mengubah keputusan Mahkamah Persekutuan. Jika betullah pengampunan bukan yang mereka cari, Jemaah Pengampunan dan YDP Agong tidak perlu melihat kepada kes ini secara terperinci. Keluarga Ketum Anwar Ibrahim sekali lagi tidak serius dalam kes ini. Mereka hanya ingin mengheret YDP Agong ke dalam mainan politik mereka. Sekiranya Istana menolak permohonan ini, mereka akan memulakan langkah untuk menghina sistem beraja.

Kita tidak pasti apakah kandungan surat kepada YDP Agong. Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan YDP Agong tidak berkuasa untuk membuka atau menyemak kes mahkamah. Cuma kuasa yang ada pada Baginda adalah untuk menangguhkan atau memberi pengampunan. Itupun Jemaah Pengampunan tetap perlu bermesyuarat dengan Peguam Negara atau wakil Peguam Negara perlu bermesyuarat di hadapan YDP Agong.

Kenyataan Nurul Nuha di atas menghina mahkamah dan tidak menunjukkan sebarang penyesalan. Jika dibaca kenyataan media Nurul Nuha, Anwar Ibrahim dianggap sebagai tahanan politik dan bukan sebagai banduan liwat dan didakwa tidak bersalah walaupun selepas Mahkamah Persekutuan mendapati dia bersalah meliwat. Perlukah YDP Agong memberi pengampunan kepada spesis manusia sebegini? Bukan sahaja pengampunan tidak wajar diberi malah Nurul Nuha wajar dikenakan tindakan menghina Mahkamah di atas kenyataan ini.

Jelas sekali keluarga KETUM Anwar Ibrahim hanya cuba bermain politik dan ingin sentiasa mendapat perhatian daripada Rakyat Malaysia. Keluarga Anwar Ibrahim ingin mendapat pengampunan daripada YDP Agong tetapi pada masa yang sama mereka berlakon di hadapan seluruh Rakyat Malaysia. Satu lagi drama meloyakan daripada Anwar Ibrahim dan keluarga.

LINK