Azmin Ali Calon Terbaik Ketua Pembangkang?

Ketika Anwar Ibrahim belum pun memanaskan tilam di bilik penjaranya, Azmin Ali sudah menyatakan kehendaknya sendiri melalui propaganda rasmi yang dimiliki dan dibiayai negeri iaitu Selangorkini.

Boleh menjahit pakaian, boleh menggali parit, menyembur ridsect, mengumpul sampah, basuh pakaian.

Apa lagi yang anda mahu daripada seorang Ketua Pembangkang?

http://bm.selangorku.com/67771/penganalisis-azmin-calon-terbaik-ketua-pembangkang/

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menafikan dakwaan yang mengatakan Azmin bakal dilantik mengisi jawatan ketua pembangkang di Parlimen.

“Siapa yang maklumkan awak mengenai berita ini…. terima kasih,” katanya.

Sebaliknya, Wan Azizah berkata, soal calon bagi jawatan tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang akan diadakan dalam masa terdekat.

“Kita akan adakan mesyuarat Pakatan Rakyat dan dapatkan konsensus mengenainya,” katanya.