Bersih Adalah Dalang Dan Pengkhianat Negara Tidak Sumbang Apa-apa

Tahniah kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, yang tidak melayan permintaan kumpulan BERSIH untuk menemuinya semalam bagi membincangkan bagaimana keperluan perlembagaan sepatutnya dipenuhi dalam persempadanan semula Sarawak. Pengerusi SPR hanya mewakilkan kepada Pengarah SPR Sarawak untuk berbincang dengan kumpulan BERSIH.

Keputusan Pengerusi SPR adalah tepat memandangkan kumpulan pendesak pilihan raya ini dilihat tidak akan pernah berpuas hati dengan masa cadangan persempadanan semula pilihan raya oleh SPR. Sebelum ini BERSIH menggesa SPR agar mempercepatkan syor persempadanan semula. Hujung tahun lepas kumpulan pendesak ini marah apabila SPR lambat membentangkan persempadanan semula. Namun keadaan menjadi terbalik apabila BERSIH menganggap SPR tergesa-gesa membentangkan syor persempadanan semula di Sarawak yang dibuat bulan lepas.

BERSIH juga kelihatan biadap apabila menyifatkan SPR bertegas mahu melaksanakan persempadanan semula menambah bilangan kerusi pilihan raya bagi mengelakkan orang Melayu ‘gugur’ di bumi sendiri. Dr Wong Chin Huat, penganalisis dan anggota badan reformasi pilihan raya BERSIH dengan celupar mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana BERSIH secara konsisten cuba memberi imej buruk kepada SPR.

Kenyataan Wong hanya bersifat retorik kerana tiada fakta yang dikemukakan bahkan hanya berdasarkan tafsiran dan andain sendiri. Ini amat sekali mencalar kredibiliti penyelidikan kumpulan pendesak berkenaan. Jika benar kenyataan tersebut, maka orang Melayu perlu menolak sistem demokrasi kerana sistem tersebut akan mengancam kedudukan orang Melayu dan menguntungkan bangsa asing. Jika demokrasi jujur mengancam penduduk asal sesebuah negara maka kita yakin tiada sebuah negara pun yang akan melaksanakannya.

Kita juga tidak lupa apabila BERSIH telah mengadakan taklimat kepada 20 orang diplomat asing bulan lepas dan mendakwa terdapat kepincangan dan ketidaktelusan dalam persempadanan semula yang dibuat SPR. Diplomat dari negara seperti Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Rusia, Britain, Australia dan Singapura menghadiri sesi dua jam itu. Di dalam taklimat tersebut, Pengerusinya, Maria Chin Abdullah berkata, notis yang dikemukakan SPR tidak lengkap dan menyukarkan pengundi di Sarawak untuk mengemukakan bantahan.

Tindakan gabungan itu memberi penerangan kepada diplomat asing itu adalah membuang masa, tenaga dan hanya memburukkan imej negara. SPR membuat sesuatu mengikut undang-undang dan perlembagaan. Kalau ada sesuatu yang tidak boleh terima, SPR ada prosiding bagaimana bantahan boleh dilakukan, bukan melalui media dan bukan juga dengan bagi taklimat kepada orang asing macam yang dilakukan oleh BERSIH.

BERSIH adalah dalang dan pengkhianat negara. Kumpulan pendesak ini berlindung di sebalik nama NGO sedangkan umum mengetahui kumpulan pendesak ini tidak pernah berdaftar di bawah Akta Pertubuhan (ROS) dan umum juga mengetahui BERSIH adalah suara pembangkang yang tidak memberikan sedikitpun nilai tambah dalam pembangunan negara.

LINK