DAP Manipulasikan Isu MRSM Untuk Dapatkan Sokongan Projek Impian Sarawak

1) Selepas meneliti satu cetusan status Facebook yang ditulis oleh Daren Lai, bekas pelajar MRSM Serting batch 0607, saya melihat bahawa tindakan DAP adalah satu tindakan subversif halus yang mahu merosakkan perpaduan antara kaum di Malaysia yang telah sedia terbina. Berikut adalah catatan status Facebook Daren Lai;

Note for DAP Leader:

When i was in MRSM Serting batch 0607

1) Buddhist student have rights to go to temple whenever its being requested

2) whenever its puasa… Canteen still cook for all non muslim.

3) whenever the canteen cook beef, they prepare fried chicken for the hindu student who does eat beef

4) chinese students go for weekly mandarin classes as they take mandarin subject in spm

5) they never force non muslim student to go any muslim ceramah and all we have to do is stay in classes or dorm..

6) non muslims always get to eat first without waiting for muslim student coming back for their solat jumaat

I have been there, done that

So tell me DAP leaders… Where do you get your info????

2) DAP cuba memanipulasikan sokongan majoriti masyarakat Cina kepada mereka, dengan membangkitkan sentimen-sentimen sensitif berbaur keagamaan dan perkauman dalam cubaan untuk meruntuhkan pasak perlembagaan negara yang juga tercatit sebagai asas perjuangan mereka.

Hal ini dinafikan oleh Wan Asyraf, bekas pelajar MRSM Jasin apabila beliau mengatakan;

Realiti MRSM – Pelajar Kristian dibenarkan ‘outing’ lebih pada hari Ahad utk ‘sunday service’ .Ada maktab yg siap guna kenderaan rasmi MRSM utk hantar dan ambil pelajar kristian di gereja
Tiada penindasan berlaku.

3) Momokan-momokan ini terus dirancang dan dibuat mereka dari masa ke semasa, untuk meraih dokongan politik khususnya kepada projek Impian Sarawak yang mereka lancarkan. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang prihatin, tindakan ekstremis seperti ini bukan sahaja mengugat kestabilan dan keharmonian antara kaum, tetapi menambahkan lagi prejudis dan paranoid sesama kita.

3) Saya percaya majoriti masyarakat Malaysia, khususnya bangsa Cina tidak bersetuju dengan usaha subversif bertali arus yang dilancarkan parti DAP semenjak mereka menjadi parti paling dominan dalam pakatan rakyat. Seharusnya usaha patut ditumpukan bersama-sama dalam membangunkan Malaysia dan merealisasikan impian untuk melihat Malaysia maju menjelang tahun 2020.

4) Isu yang berlaku ini perlu dilihat dalam kerangka yang lebih besar, dan saya menyimpulkan bahawa DAP konsisten dalam cubaan mereka merubah struktur kenegaraan Malaysia, sekaligus mengukuhkan cengkaman mereka dalam arena politik tanah air. Projek mereka, adalah projek parti, atas dasar kepentingan parti dan bukannya kebaikan untuk masyarakat Malaysia seluruhnya.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/02/07/sarawak-urged-to-scrap-new-mrsm-guidelines/

Oleh Asyraf Farique,
Penganalisis di IRIS Institute.
http://arusbaru.my/2015/02/09/dap-memanipulasikan-isu-mrsm-untuk-dapatkan-sokongan-projek-impian-sarawak/