Defisit Bajet Ketika Anwar TPM, Apa Kata Rafizi?

Semasa Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, kita mengalami defisit dagangan d selama beberapa tahun – yang menyebabkan rizab matawang asing kita turun dengan mendadak dan menjadikannya terdedah kepada serangan.Polisi Anwar yang terlalu mengutamakan lebihan bajet dan kadar faedah yang terlalu tinggi hingga mencecah 18% menyebabkan ekonomi Malaysia tumbang pada 1998.

Selepas Anwar dipecat, Malaysia mencatatkan lebihan dagangan untuk 17 tahun berturut-turut hingga ke hari ini.

Pakatan Rakyat pula mahu melaksanakan polisi yang sama dengan polisi Anwar, yang antaranya terkandung ringgit yang lebih kukuh, lebih subsidi, memotong perbelanjaan kerajaan (bermakna menambah lebihan bajet), bayaran minimum RM4000 untuk isi rumah, kereta yang lebih murah dan pelbagai lagi.

Polisi ini akan kembali menyebabkan Malaysia dihantui dengan defisit dagangan kerana kita akan mengimport lebih banyak barang pengguna, minyak (kini kita adalah negara pemgimport minyak) dan kereta. Ini akan menyebabkan rizab matawang negara akan kering dan akan kembali terdedah kepada serangan.

Apa komen Rafizi?

Masih mahu mempercayai mereka?

(Saya sendiri masih tak tahu mengapa Tun Mahathir melantik seorang graduan sastera ‘cukup-cukup makan’ sebagai Menteri Kewangan – mungkin Tun kena pukau agaknya pada masa itu)

http://www.tradingeconomics.com/malaysia/balance-of-trade

kredit post: Lim Sian See https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1624614024424052&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=1