Haji Hadi Seru Ahli Parti Tidak Khianat Parti

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru ahli-ahli parti itu tidak khianat dengan berkhidmat kepada pihak (parti) lain.

Tanpa merujuk siapakah ahli parti yang khianat itu, Abdul Hadi menegaskan, mereka harus memahami konsep baiah (janji sumpah setia) dan wala'(kesetiaan) sebagai sebahagian daripada prasyarat sebagai ahli parti (jemaah).

Katanya, apabila menyebut tentang baiah, perkara itu berkait dengan janji setia kepada perjuangan Islam yang pernah dilakukan Rasulullah untuk mengukuhkan seorang ahli jemaah dengan jemaah serta kesetiaannya.

Wala’ kata Abdul Hadi adalah kesetiaan ahli parti kepada perjuangan Islam dan jemaah yang tidak berbelah-bahagi.

“Tidak memesongkan kita daripada menjalankan kerja-kerja jemaah dan menguntungkan jemaah. Menghindarkan diri daripada melakukan kerja-kerja yang merugikan jemaah

“Berkhidmat kepada pihak yang lain, lebih daripada jemaah atau pengkhianat kepada jemaah.

“Ini merupakan satu hal yang sangat penting apabila kita telah melakukan baiah kepada kumpulan Islam, di negara kita ini (adalah) Parti Islam SeMalaysia (PAS),” kata Abdul Hadi dalam rakaman video berdurasi 3.04 minit yang disiarkan di Facebook beliau.
LINK