Harga Minyak Bulan Februari 2015

Harga Baru Bahan Api untuk Februari 2015, berdasarkan Tweet terbaru Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

KPDNKK/MOF: minyak turun lagi mulai 1 Februari 2015. RON 95 seliter RM 1.70, diesel RM 1.70 seliter, dan RON 97 RM 2.00 seliter. Wang lebih untuk belanja lain dan tambah pelaburan!

Pada harga semasa, harga RON 95 di Malaysia adalah ke-15 termurah di dunia, harga yang sama terdapat di UAE dan 15 sen lebih murah berbanding Rusia – kedua-duanya merupakan antara pengeluar utama minyak di dunia.

Harga diesel di Malaysia sekarang adalah ke-17 termurah di dunia – lebih murah dari Bolivia, 9 sen lebih murah dari Rusia dan 25 sen lebih murah dari negara kaya minyak Kuwait.

https://twitter.com/ahmadmaslan/status/561494538728902656

Sumber:
We are NOT Malaysian Zombies
https://www.facebook.com/BukanZombie/photos/a.176411609205284.1073741827.176409242538854/388209091358867/?type=1&fref=nf