Ismail Sabri Gesa Pengguna Boikot Peniaga Cina

Buat masa sekarang, jumlah kerusi di Parlimen yang dimiliki oleh Barisan Nasional adalah 134 manakala Pakatan Rakyat menguasai 88 kerusi – perbezaan 46 kerusi.

BN sebenarnya telah tewas pada PRU 13 sekiranya kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak tidak diambil kira.

Parti komponen BN di Sabah dan Sarawak kebanyakkannya bukan parti melayu seperti PBRS, PBS, UPKO, SPDP, SUPP dan PBB.

Mereka mempunyai 33 kerusi sesama mereka.

Jika parti-parti komponen ini menyertai Pakatan Rakyat, maka Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan persekutuan dengan 122 kerusi berbalas 101 kerusi.

101 kerusi milik BN itu merangkumi kerusi milik MCA, MIC, dan Gerakan.

Jadi, untuk UMNO-BN kekal berkuasa, adalah sangat penting untuk BN meneruskan polisi perkongsian kuasa pelbagai kaum yang diamalkan semenjak merdeka.

Dan atas sebab itulah, seorang menteri BN tidak patut mengeluarkan sebuah kenyataan yang berbau perkauman yang boleh merosakkan sentimen kaum lain.

Ini juga merupakan sebab mengapa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mesti memadam kenyataan di laman facebooknya, menjelaskan berulang kali dan mengapa Ketua Polis Negara perlu memanggil Ismail Sabri untuk mendapatkan keterangan.

Tak mungkin Ismail Sabri dipanggil oleh KPN semata-mata kerana beliau menyatakan kebenaran, bukan?

Ismail Sabri adalah benar apabila beliau menyatakan orang melayu, yang merupakan kaum majoriti, perlu menggunakan kuasa beli mereka untuk menekan para peniaga supaya menurunkan harga.

Tapi beliau salah apabila hanya mensasarkan satu kumpulan kaum sahaja.

Seorang menteri kerajaan persekutuan, yang berkuasa dan memegang kuasa melalui prinsip perkongsian kuasa pelbagai kaum tidak boleh sesuka hati mengeluarkan kenyataan yang sedemikian. Semudah itu!

Jika peniaga, orang tengah atau pemborong semuanya datang dari satu kelompok kaum sahaja, beliau tidak perlu pun untuk menyebut tentangnya atau beliau hanya perlu berkata ‘Kita mensasarkan golongan peniaga, orang tengah, pemborong dan sebagainya’.

Ada banyak perkara yang benar tapi adalah ‘tidak benar secara politiknya’ untuk berkata demikian.

Beliau hanya perlu berkata ‘Mari kita boikot semua peniaga yang tidak jujur dan tamak’.

Ini adalah bagaimana beliau patut menyatakannya – dan kesannya tetap sama.

“Maaf saya beri pandangan..selain drpd kpdnkk yg patut gunakan akta kawalan harga & anti pencatutan utk ambil tindakan kpd peniaga yg naikkan harga tanpa sbb menasabah (sp).. kuasa terbesar ada pd pengguna..majority pengguna adalah melayu..peniaga yg tak jujur adalah minoriti..kalau melayu boikot perniagaan mrk, mrk tentu tiada pilihan utk turunkan harga..bayangkan byk kedai mkn yg tiada tiada logo halal & bbp kali diserbu & ditangkap krn kehalalan (sp) meragukan..melayu masih berpusu2 di restoren tsb sdgkan beribu2 restoren yg sah halal…lihat shj old town white coffee..diragui baru2 ini..but still melayu gagal utk boikot…selagi melayu tdk berubah..selagi itulah peniaga yg tak jujur ambil kesempatan utk tindas melayu.”

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1623180644567390