Isu isu Pertahanan Yang Melibatkan 1MDB

Berapa banyak kos yang diperlukan untuk membangunkan 8 kem tentera (termasuk 2 pangkalan udara) dan menaiktaraf kelengkapan ketenteraan di 8 kem ini?

Nampaknya ramai yang terlepas pandang berita ini:

1) 1MDB perlu membayar untuk mengambil alih sekeping tanah seluas 750 ekar (300 hektar) di Sendayan dari Kerajaan Negeri Sembilan. Tanah ini akan digunakan untuk membangunkan sebuah pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

2) 1MDB juga terpaksa membayar untuk mengambil alih sekeping tanah (keluasan tanah tidak didedahkan tetapi dipercayai luas kerana ia akan menempatkan pangkalan udara) di Subang, Selangor. Tanah ini akan digunakan untuk menempatkan pangkalan udara PDRM.

3) 1MDB perlu membayar LTAT RM2.1 bilion untuk membangunkan 8 tanah untuk TUDM (2 tapak pertama adalah di Sendayan dan Subang tapi tidak dapat dijelaskan sama ada 1MDB perlu membayar untuk 6 tapak lain)

4) 1MDB juga perlu menyumbangkan dana untuk menaiktaraf peralatan-peralatan khas sebagai sebahagian dari perjanjian perpindahan kem-kem tentera ini.

Sebagai balasan, 1MDB akan mendapat tanah Sungai Besi yang bernilai tinggi tapi mereka masih akan perlu membelanjakan berbilion ringgit untuk membangunkannya.
https://sg.finance.yahoo.com/news/ltat-gets-rm2-1b-sg-021022050.html

Saya terkejut kerana tiada info yang meluas tentang apa yang telah 1MDB lakukan berkaitan hal-ehwal pertahanan.

———-
“Satu perjanjian kedua telah ditandatangani antara 1MDB dan Perbadanan Menteri Besar Negeri Sembilan (Menteri Besar Incorporated) untuk membeli sekeping tanah berkeluasan 303.8 hektar di Sendayan. Tanah ini akan dibangunkan sebagai pangkalan baru Tentera Udara Diraja Malaysia.”

“Pada masa yang sama, 1MDB juga telah memasuki perjanjian perpindahan utama dengan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri untuk membangunkan 8 tapak perpindahan baru.”

http://thinkproperty.com.my/realestate/news/1mdb-acquires-land-for-bandar-malaysia-project.html

http://www.malaysiakini.com/news/171435