Kenapa Anwar disabitkan bersalah dan kenapa Saiful Tidak

Kenapa Anwar disabitkan kesalahan dan kenapa Saiful Bukhari bebas?

377 Kanun Keseksaan Undang-Undang ‘Seks Luar Tabii’ mempunyai 7 seksyen.

4 daripadanya ( seksyen 1, 3,6, dan 7) yang merangkumi seks dengan haiwan, seks oral dan seks luar tabii tanpa rela, seks faraj tanpa rela menggunakan objek asing dan merangsang kanak-kanak melakukan kelucahan melampau.

3 seksyen di bawah kanun keseksaan ini dikelaskan sebagai SUKARELA iaitu:

s(2)377A – Persetubuhan di luar tabii di mana hubungan seks itu dilakukan antara seorang individu dan seorang lagi individu dengan memasukkan zakar ke dalam mulut atau lubang dubur. Perlakuan ini dikelaskan sebagai persetubuhan di luar tabii. Jika perlakuan memasukkan zakar ke dalam mulut dan lubang dubur terjadi, ia sudah dikira menepati kesalahan yang dijelas di dalam seksyen ini.

s(3)377B – Melakukan persetubuhan di laur tabii. Sesiapa dengan sukarela melakukan persetubuhan di luar tabii ini akan dijatuhkan hukuman (Maksimum: Penjara 20 tahun, denda dan sebatan)

s(6)377D – Kelucahan Melampau. Seseorang individu, di tempat terbuka atau tersembunyi, dengan mendapatkan kebenaran atau tidak mendapatkan kebenaran, atau cuba melakukan kelucahan melampau terhadap seorang individu lain, akan dihukum penjara satu jangka masa yang boleh dilanjutkan sehingga 2 tahun (Penjara maksimum: 2 tahun)

Anwar telah disabitkan bersalah dengan dibawah 377B Kanun Keseksaan.

Di bawah Seksyen 377(A) dan 377(B) Kanun Keseksaan, sesiapa yang didapati bersalah melakukan persetubuhan di luar tabii dengan memasukkan zakar ke dalam mulut atau lubang dubur ke atas seorang lagi individu boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Penembusan zakar tersebut mestilah mencukupi dengan menepati maksud hubungan persetubuhan di luar tabii yang dijelaskan di bawah 377(B) Kanun Keseksaan.

Walaubagaimanapun, kanun keseksaan ini hanya menyabitkan kesalahan INDIVIDU YANG MEMBUAT PENEMBUSAN ZAKAR ITU KE ATAS INDIVIDU LAGI SATU dan individu yang menerima penembusan zakar ke dalam mulut atau lubang dubur itu tidak akan disabitkan kesalahan di bawah kanun keseksaan ini.

Jadi, undang-undang berkata bahawa YANG MENEMBUSI akan didakwa, bukan YANG DITEMBUSI – sebab utama mengapa Saiful bebas.

Ini kerana, orang lain tidak boleh memaksa untuk anda melakukan persetubuhan ke atas mereka. Ianya hanya boleh berlaku sekiranya anda yang mahu melakukan persetubuhan itu dan anda berada di dalam situasi anda boleh mengawalnya di mana anda mahukan persetubuhan itu terjadi atau tidak.

BERADA DI DALAM KAWALAN – inilah kuncinya! Anda yang mengawal ‘OBJEK’ anda, kemana anda halakan ‘OBJEK’ anda dan kemana anda mahu masukkan ‘OBJEK’ anda tersebut.

(Dari sudut pandang lain, seseorang meminta anda untuk menikam dan membunuh mereka. Jika anda didapati menikam dan membunuh orang itu dan orang itu mati, anda tetap akan didakwa atas kesalah membunuh walaupun anda diminta oleh orang itu untuk membunuh mereka)

Sebenarnya, Seksyen 377 Kanun Keseksaan agak banyak digunakan, dan bukan hanya dalam ‘kes berprofil tinggi’ seperti ini sahaja. Jika anda melakukan carian di internet dengan memasukkan kata kunci ‘pendakwaan kes persetubuhan luar tabii’, anda akan menjumpai banyak kes dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Oleh Lim Sian See, https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1626412547577533