Lim Guan Eng Tak Setaraf Mustafa Ali, Tak perlu berdebat debat

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada Sabtu lepas telah membatalkan satu sidang media apabila wartawan mendesak beliau untuk memberikan respon sebagai Setiausaha Agung DAP untuk menjawab cabaran debat yang telah dilontarkan PAS berhubung dengan isu pilihanraya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Wartawan telah bertanya beberapa kali kepada beliau untuk mendapatkan respon beliau mengenai cabaran debat yang telah dilontarkan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali tetapi beliau tidak menjawab dan hanya membalas, “Ada soalan lain?”

Apabila wartawan semakin berkeras, Lim Guan Eng telah membatalkan sidang media itu dengan ucapan ‘terima kasih’.

Beliau tidak berani menyahut cabaran Mustafa Ali untuk berdebat. Malah beliau sendiri tidak berani mengeluarkan kenyataan balas dan hanya mengarahkan Anthony Loke untuk mengeluarkan kenyataan yang berbunyi Mustafa Ali bukanlah setaraf dengan beliau dan tidak perlu pun berdebat.

Sentiasa mencabar orang lain untuk berdebat (termasuklah baru-baru ini pada September 2014 terhadap Ketua Polis Negara) tapi apabila dicabar oleh orang lain, tidak mahu membalas, tidak mahu menjawab soalan dan langsung melarikan diri?

Hipokrit betul Lim Guan Eng!

Dalam ramai-ramai ahli politik di Malaysia, anda takutkan Spenderman?

Anda ini sungguh mengecewakan!

Oh Lim Guan Eng, anda sudah bersetuju dengan cabaran untuk menunjukkan aktiviti-aktiviti haram yang terjadi di Pulau Pinang?

http://www.therakyatpost.com/news/2015/01/31/guan-eng-calls-off-press-conference-questions-debate-pas/

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2014/09/01/guan-eng-to-igp-lets-debate/

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1621514401400681&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=1