Mahfuz Omar Cuba Cari Nama Dalam Kes Sirul

Secara tiba-tiba, Mahfuz Omar dapat idea yang sangat baik terutama apabila mereka dapat melihat bagaimana mereka boleh mendapatkan perhatian dan sokongan yang sangat banyak. (LINK)

Justeru apabila Ahli Parlimen Pokok Sena merangkap Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar, bergegas ke Australia untuk bertemu dengan pembunuh bernama Sirul ini kerana beliau merasakan ini peluang mahu menjatuhkan Mohd Najib. Apakah janji atau “deal” yang dibuat?

Harapan Mahfuz dan Pas ialah Sirul akan berkata Mohd Najib mengarahkan beliau membunuh Altantuya. Apakah Pas akan bersusah payah jika pembunuhan upahan ini tidak boleh dikaitkan dengan Mohd Najib?

Pernah kita lihat Pas bersusah payah mencari dalang di sebalik pembunuhan Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi? Pernah Pas peduli siapa dalang yang mengupah pembunuhan upahan ke atas Dr. Joe Fernandez (ADUN Lunas, Kedah) yang ditembak mati pada tahun 2000?

Semua ini tidak penting dan tidak menguntungkan politik Pas maka ia bukan urusan Pas.

Sirul Azhar dan Azilah, dua orang bekas pegawai dan anggota polis telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati setelah didapati bersalah membunuh Altantuya Shiiribu. Sekalipun teman lelaki Altantuya yang tidak fasih berbahasa Inggeris dan Perancis itu adalah Razak Baginda, yang terpalit adalah Najib Abdul Razak. Gambaran hubungan antara Altantuya Shiribu dengan Najib Abdul Razak telah digembar-gemburkan oleh Anwar Ibrahim dengan bantuan konco-konconya dalam PKR dan DAP.

Sirul yang kini berada di Australia dikatakan sudah bersedia untuk mendedahkan siapakah orang yang ‘mengarahkannya’ membunuh.

Agak aneh juga kerana keterangan itu, langsung tidak disuarakan sepanjang tempoh perbicaraan bermula dari sebutan sehingga ke proses rayuan, mahupun pada masa hukuman dibacakan. Hanya setelah melarikan diri dan hukuman mati dijatuhkan, barulah keterangan hendak dibuat!

Ia samalah seperti Anwar Ibrahim yang dikatakan tidak bersalah dan disabitkan sebagai BANDUAN POLITIK tetapi semasa tempoh perbicaraan, Anwar bukan sahaja tidak mahu menjawab, bahkan enggan memberikan bukti-bukti yang boleh membebaskannya dengan mudah seperti DNA mahupun menampilkan saksi.

Mengapa semasa sesi perbicaraan, Sirul tidak menjelaskannya di hadapan hakim? Mengapa peluang terbaik untuk melepaskan diri daripada kesalahan membunuh menerusi pembuktian bahawa pembunuhan yang dilakukan sebenarnya adalah arahan pihak-pihak tertentu tidak didedahkan kerana itu lebih mudah menyelamatkan diri, atau paling tidak pun terselamat dari hukuman gantung? Sebaliknya pendedahan hanya ingin dibuat selepas hukuman dijatuhkan dan ruang menyelamatkan batang tengkuk daripada tali gantung hanya kepada pengampunan DYMM Yang Di-Pertuan Agong namun dengan berada di luar negara dan menyalak dari sana, Sirul tetap juga tidak dapat mengubah apa-apa.

Yang amat pasti ialah, manusia seperti Mahfuz Omar, Rafizi Ramli, Tian Chua akan menggunakan isu ini untuk kembali melakukan fitnah ke atas Najib Abdul Razak. Mereka tidak berada di atas landasan logik, sebaliknya mereka akan mencipta pelbagai dongengan sepertimana Tian Chua mencipta gambar photoshop yang kemudian dikatakannya sebagai bukti rapatnya Altantuya Shiiribu dengan Najib Abdul Razak.