Setelah 9 Tahun Baru Sirul Nak Dedahkan Segalanya

Sirul merupakan pelarian jenayah yang sangat dikehendaki dan dia didapati berhubung dengan ahli politik DAP, PKR dan PAS, dan juga dengan ‘media bebas’ yang cenderung memfitnah dan mengkritik PM Najib.

Sirul juga dipercayai sedang melakukan apa sahaja untuk terselamat dari hukuman mati yang dijatuhkan ke atasnya dengan memberikan maklumat palsu yang akan membantu memanjangkan nyawanya. Ini secara langsung memberikan dia peluang terselamat dan hidup bebas.

Sirul mempunyai masa selama 9 tahun untuk mendedahkan segalannya tetapi dia memlilih untuk tidak melakukan apa-apa.

Jadi, sekarang terdapat pelbagai pihak yang ‘mempunyai kepentingan’ dan kita mesti mempercayai apa yang hendak diperkatakan oleh Sirul?

Malah, dalam ‘kenyataan berhati-hati’ Sirul yang bocor, jika anda percaya ianya tulen, ia menunjukkan Sirul melakukannya untuk wang dan arahan yang dijalankannya hanyalah dari Azilah dan dia tidak menerima apa-apa arahan dari atasan selain dari Azilah.

Dalam ‘kenyataan berhati-hati’ Sirul itu, dia secara jelas mengaku menembak Altantunya sebanyak 2 kali ‘untuk menjimatkan peluru’.

Dan sekarang dia ingin berkata yang dia tidak pernah menembak Altantunya?

Yang peliknya, kenyataan Sirul terbocor tetapi tidak kenyataan Azilah? Bukankah pelik jika seseorang mempunyai akses kepada kenyataan Sirul yang terkandung butiran terperinci bagaimana pembunuhan itu dilakukan tetapi tidak pula mempunyai akses kepada kenyataan Azilah?

Sirul hanya menjalankan arahan Azilah. Tiada orang lain. Tiada orang atasan lain.

Jadi, di mana kenyataan Azilah? Kenapa dia berdiam diri?

Azilah akan dihukum gantung tidak lama lagi, jika dia tidak bercakap sekarang, bila dia akan bercakap mengenai perkara ini?

Lagi satu, di mana gambar yang menunjukkan Najib Razak dan Altantuya bersama-sama? 9 tahun berlalu dan masih tiada sesiapa menjumpai gambar tersebut?

Dan apa kaitannya dengan PM Najib, yang telah bersumpah beliau tidak mempunyai apa-apa hubungan dan kaitan dengan wanita itu?

Ini adalah nota terakhir Altantuya:

“Berjumpa dengan kekasih sendiri bukanlah satu jenayah, kan? Ya, saya memang terkejut. Saya menulis beberapa surat yang bukan-bukan untuk beliau yang kandungan surat tersebut menyatakan saya akan membunuh diri, saya mahukan bantuan. Ye, saya cuba untuk menggugut beliau. Mungkin ianya adalah salah saya tapi tidak. Saya paham, dia tidak lagi mencintai saya dan saya perlu berhenti meminta wang seperti yang dia janjikan. Dia telah menipu saya dan menjahanamkan hidup saya. Saya pergi ke KL untuk bertentang mata dengannya dan bertanya kenapa dia jadi macam ni. Mungkin dia orang kaya dan dia ada keluarga yang menyebabkan dia melakukan sedemikian. Tapi bila saya datang, saya ugut untuk bunuh diri dan perkara-perkara yang seumpama dengannya.”

Altantuya menambah, “Mereka cakap Malaysia berbeza dengan Mongolia, mereka kenal polis dan dengan mudah mereka akan dapat memasukkan saya ke dalam penjara. Jika begitu undang-undang Malaysia, saya tak boleh cakap apa-apa. Tapi kebenarannya, saya tak melakukan apa-apa pun terhadap dia. Saya hanyalah wanita biasa yang ingin berjumpa dengan kekasihnya, yang telah menipu diri saya setelah menjanjikan segala-segalanya. Dan sekarang dia mahu membunuh saya atau memenjarakan saya.”

Oleh Lim Sian See, (LINK)