Soalan untuk tony pua dan penyokongnya

Kepada Tony Pua dan penyokongnya, kenapa orang tidak boleh berfikir?

Setakat penghujung tahun 2014:
– Petronas mempunyai rizab tunai bernilai RM100 bilion
– TNB baru sahaja mencatakan keuntungan bersih berjumlah RM 2.3 bilion untuk waktu operasi setakat 3 bulan yang lepas sahaja dan mempunyai tunai dan aset tunai bernilai RM12 bilion.
– Khazanah berjaya mencatat keuntungan sebanyak RM3.9 bilion ke atas Ali Baba dan mempunyai aset bersih bernnilai RM110.8 bilion setakat penghujung tahun 2014.
– KWSP baru sahaja membayar dividen bernilai RM40 bilion dan mempunai dana berjumlah RM 640 bilion buat masa sekarang.

Semestinya kerajaan boleh menyerap RM2 bilion tersebut (Kerajaan berjaya mengutip jumlah tersebut di dalam bentuk cukai bahan api, yang boleh digunakan apabila harganya meningkat kemudian)- malah kerajaan telah berjaya menjimatkan RM12 bilion di dalam bentuk subsidi bahan api sejak Oktober lepas)

Tetapi mengapa Ananda Krishnan? Adakah beliau menjalankan perniagaan menyelamatkan syarikat kerajaan yang mampu menjana keuntungan berbilion ringgit?

Adakah ianya hanya kebetulan apabila RM2 bilion itu, adalah sebahagian dari RM8.5 bilion yang berjaya dijana untuk mengambil alih aset tenaga Ananda Krishnan, yang mana nilai aset tersebut juga RM8.5 bilion?

Pinjaman penyambung berjumlah RM2 bilion tersebut dijamin oleh Ananda sepenuhnya dari permulaan pinjaman ini diluluskan lagi. Kenapa beliau mengambil keputusan untuk menjaminya ketika itu?

Sudah tentu ada cerita di sebaliknya. Daripada menjadikan 1MDB 100% milik kerajaan (Kerajaan boleh sahaja memberikan pinjaman berjumlah RM2 bilion itu), 1MDB meminjam RM2 bilion itu dari seorang individu.

Anda ini boleh berfikir atau tidak? Atau hanya mempercayai cerita-cerita tidak sahih dan khabar angin?

Jangan diganggu lagi Ananda Krishnan dan 1MDB. Biarkan mereka berunding dan menyelesaikan tanggungjawab mereka terhadap satu sama lain.

Nota: 1MDB tidak bermatlamat untuk membuat keuntungan jangka pendek. Matlamat dan misi utama mereka adalah projek dan pelan pembangunan jangka panjang yang strategik. Ini termasuklah:

1) Melaksanakan pelaburan 2 hala antara Malaysia dan Negara Timur Tengah – SELESAI

2) Melakukan penstrukturan semula industri penjanaan tenaga tempatan dengan memansuhkan perjanjian pembelian tenaga dengan pengeluar tenaga bebas yang berat sebelah, mengekalkan tarif eletrik yang rendah dan membanteras pengambilan untung yang berlebihan – SELESAI

3) Mengambil alih tanah untuk membina dan melengkapkan 8 kem pertahanan (termasuk 2 pangkalan udara) tanpa perlu untuk kerajaan membiayai sepenuhnya projek berskala besar ini – SEDANG DIJALANKAN

4) Membangunkan tapak-tapak strategik untuk Bandar Malaysia (termasuk titik akhir Landasan Keretapi Berkelajuan Tinggi ke SIngapura) dan TRX (Akan menjadi Bandar Kewangan Islam Dunia Bandar Kewangan Malaysia)

1MDB bukanlah sebuah dana kekayaan asing yang membuat keuntungan jangka pendek.

Masalah terbesar yang sedang dihadapi oleh 1MDB adalah kelewatan penyenaraian IPO mereka di Bursa Malaysia, yang pada awalnya dijadualkan pada Julai 2014 tetapi terpaksa dibatalkan atas pelbagai sebab antaranya publisiti yang negatif yang menakutkan bank dan keadaan pasaran yang tak menentu pada hujung tahun lepas dan sekarang.

Ini menyebabkan aliran tunai mereka merosot dengan mendadak kerana IPO yang dijadualkan itu sepatutnya akan menjana RM10 bilion tetapi disebabkan kelewatan itu, 1MDB masih tetap perlu membayar faedah kesemua hutangnya.

Oleh Lim Sian See, https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1625591030993018