Spekulasi Matawang Berisiko Tinggi kepada Pasaran

Spekulasi matawang wujud apabila apabila seseorang membeli mata wang asing, bukan dengan keperluan untuk mengimport sesuatu atau melaburnya dalam dalam perniagaan luar negara tetapi dengan sebab untuk mejualnya semula di masa hadapan dengan harga yang lebih tinggi (di dalam terma teknikal, ianya dipanggil pengukuhan matawang atau ‘currency appreciates’). Ianya tak lebih dari sekadar petua lama: Beli Murah, Jual Mahal dan ianya melibatkan mata wang asing.

Walaupun sesetengah spekulasi diperlukan untuk ‘meningkatkan kecairan’, yang bermaksud akses yang lebih mudah ke matawang asing kerana terdapat pasaran yang besar untuk matawang itu, spekulasi matawang yang berlebihan akan menganggu perdagangan antarabangsa dan pertumbuhan ekonomi. Spekulator matawang akan meneka bilakah nilai matawang akan mengukuh dan mengucup.

Untuk mengurangkan risiko yang akan dihadapi mereka, spekulator akan menggunakan pelbagai strategi untuk mejadikan ramalan mereka lebih tepat. Ini termasuklah mengumpul maklumat seperti apa yang akan menjadikan sesebuah ekonomi itu sihat (selalunya dari sumber yang bias), mengikut tindakan spekulator lain, terutamanya spekulator utama, dan menggunakan pasaran tukaran hadapan matawang. Kesemua strategi ini boleh melibatkan ramalan untuk keuntungan sendiri yang akhirnya akan mengakibatkan krisis kewangan dan akan menghalang kerajaan dari melaksanakan polisi ekonomi yang bersifat kemanusiaan.

Memandangkan spekulasi matawang merupakan suatu usaha yang berisiko tinggi, apa sahaja maklumat yang mungkin penting akan dikumpul, walaupun maklumat itu tidak sahih dan bias.

Walaupun memproses dan mentafsir maklumat merupakan antara bahagian-bahagian penting di dalam pasaran matawang, tindakan secara kolektif (berkumpulan) pedagang matawang juga sangat penting kerana ia akan membuatkan tafsiran-tafsiran itu semua memuaskan hati mereka.

Jika sebahagian besar trader berkelakuan dengan cara yang sama, secara automatik sesuatu nilai matawang akan naik atau turun – seperti mana yang telah diramal mereka pada awalnya.

Kebanyakkan tindakan yang diambil oleh spekulator matawang adalah tindakan subjektif (kebanyakkannya dibuat setelah melihat tindakan spekulator lain), berbanding dengan standard objektif yang digunakan untuk menilai prestasi sesebuah ekonomi.

Jadi, melalui tindakan kolektif dan ramalan yang memuaskan hati sendiri, spekulasi matawang akan mencipta suasana ekonomi yang sangat cenderung kepada krisis. Ia juga akan menyebabkan kapitalis antarabangsa hilang sabar dengan perubahan yang memberi manfaat kepada ramai berbanding manfaat kepada segelintir.

Risiko dan halangan ini adalah masalah untuk ramai pihak, bukan setakat untuk ekonomi-ekonomi yang sedang membangun di Asia Tenggara dan tempat lain. Kini, tiada negara yang cukup besar untuk menstabilkan matawang mereka sendiri jika spekulator, yang mempunyai berbilion dollar, mengambil keputusan untuk membuat spekulasi atas mata wang negara itu. Kita semua nampaknya perlu teguh dan melawan risiko dan akibat spekulasi matawang.

http://www.dollarsandsense.org/archives/1998/0598weller.html