Steven Sim Pertikai kos sara hidup naik tapi pada masa sama puji kerajaan bn secara tak langsung

Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam Steven Sim berkata kita mesti memboikot Kerajaan Barisan Nasional kerana ‘kerajaan yang tidak patriotik’ ini telah gagal menurunkan kos sara hidup rakyat dan hanya mengenyangkan kroni-kroni kapitalis BN.

Dengan menggunakan statistik perbelanjaan isi rumah, beliau menekankan 3 perkara sebagai bukti untuk menyokong dakwaan beliau. http://www.malaysiakini.com/news/288155

“Perbelanjaan besar yang utama telah mencatatkan peningkatan yang ketara iaitu perumahan, pengangkutan dan telekomunikasi. Semua ini meningkat dalam masa yang sama.”

Pertama, beliau berkata kos-kos ini adalah kos yang tidak boleh dirunding dan semua orang mesti membayarnya kerana kita tidak boleh dengan sesuka hati pindah ke rumah yang lebih kecil atau menggunakan motosikal berbanding kereta. Dan keduanya, ‘harga yang tinggi’ ini adalah disebabkan oleh monopoli yang bermaksud pasaran yang anti persaingan dan menyebabkan harga yang tidak kompetitif untuk pengguna.

Ya. Steven Sim menyalahkan kekurangan persaingan dan pasaran monopoli dalam ketiga-tiga perkara itu iaitu perumahan, pengangkutan dan telekomunikasi.

Wahai Steven Sim,

Biar saya jelaskan mengenai harga rumah. Berdasarkan pada carta yang telah anda kongsikan, perbelanjaan untuk perumahan hanya meningkat sebanyak 0.3 % dari keseluruhan perbelanjaan. Peningkatan yang lebih besar dapat dilihat pada perbelanjaan untuk pelbagai barang dan perkhidmatan yang tidak penting (meningkat 2.3 mata atau bersamaan 35%kenaikan) dan 0.3% untuk perbelanjaan bagi hal-hal santai dan rekreasi.

Ini bermakna semakin banyak isi rumah di Malaysia menikmati hidup yang lebih baik dan berbelanja lebih untuk menikmati hidup termasuk pergi bercuti dengan lebih kerap dan berbelanja untuk barangan-barangan mewah.

Kos perumahan dan utiliti tidak dinafikan semakin meningkat setiap tahun tapi peningkatan tersebut adalah sangat kecil jika dibandingkan dengan perbelanjaan untuk perkara-perkara seperti untuk gaya hidup yang tidak begitu penting.

Berbicara mengenai mengurangkan kos perumahan, mungkin anda boleh bertanya kepada Ketua Menteri anda di Pulau Pinang, berapa banyakkah perumahan kos rendah yang telah dibinanya di Pulau Pinang? Mungkinkah ini salah satu punca sedikit peningkatan kos perumahan keseluruhan di Malaysia?

Untuk kos pengangkutan pula, saya setuju yang kita tak boleh berhenti menggunakan kereta dan beralih ke motosikal. Tapi anda semestinya boleh menaik taraf kereta anda kepada yang lebih mahal kerana inilah sebenarnya yang berlaku.

Pada tahun 1999, Proton mempunyai 60% peratus pegangan pasaran kereta di Malaysia (Perodua mempunyai pegangan sebanyak 24% – bermaksud kedua-duanya menguasai 84% pasaran kereta Malaysia). Pada ketika itu, kelihatan setiap rakyat Malaysia atau sepupunya atau adik beradknya memiliki sama ada sebuah Proton atau sebuah Perodua.

Dengan liberalisasi polisi automotif di Malaysia pada tahun 2006, pegangan pasaran Proton dan Perodua telah turun dengan mendadak dan pada tahun 2009, menguasi 64.7% pasaran (turun 20%) dan kini memegang 53% pasaran.

Ini bermakna rayat Malaysia semakin kaya dan membeli kereta yang lebih mahal dari luar negara. Oleh itu, bayaran ansuran bulanan dan kos penyelenggaraan sudah semestinya akan semakin meningkat dan menyumbang kepada peningkatan pecahan kos pengangkutan.

Untuk kos telekomunikasi pula, dakwaan tiada persaingan di Malaysia adalah tidak benar.

Ada 3 syarikat telekomunikasi mudah alih dan bermacam lagi syarikat telekomunikasi maya (Umobile, Altel, TuneTalk). Sesiapa sahaja pasti akan mengetahui bahawa kos telekomunikasi telah turun dengan banyak sekali sejak tahun 1999 dan persaingan adalah sangat tinggi. Sebenarnya, Malaysia mempunyai terlalu banyak syarikat telekomunikasi untuk pasaran yang hanya sebesar 30 juta pengguna.

Jadi mengapa pecahan kos telekomunikasi telah meningkat untuk semua isi rumah di Malaysia?

MUDAH. Kerana, jumlah pengguna PER isi rumah telah meningkat. Sekarang, semua orang mempunyai telefon bimbit dan anda akan mempunyai jumlah bil yang lebih tinggi untuk dibayar setiap bulan, walaupun setelah diambil kira bahawa banyak isi rumah tidak lagi menggunakan talian tetap kediaman atau mendapatnya secara percuma dalam pakej jalur lebar.

Pada tahun 1999, terdapat 2.9 juta pengguna telefon bimbit. Ia mencecah 33.8 juta pada tahun 2009 dan sekarang mencecah 44 juta.

Juga, pada tahun 1999, sangat jarang kita jumpa mereka yang mempunyai kemudahan jalur lebar di rumah tapi pada tahun 2009, 21% isi rumah melanggan perkhidmatan jalur lebar di kediaman mereka.

Terdapat persaingan yang banyak dalam sektor jalur lebar. Malah dengan peningkatan jumlah jalur lebar mudah alih, ramai pengguna telah kini menggunakan jalur lebar mudah alih tanpa had untuk menjimatkan kos.

Jadi Steven Sim, kesemua dakwaan anda adalah tidak benar. Bukan salah kerajaan BN terjadinya peningkatan kos sara hidup seperti yang anda dakwa.

Terima kasih juga kerana memberitahu bahawa Kerajaan BN telah memungkinkan isi rumah berbelanja lebih rendah untuk makanan (seperti dalam peratusan belanja isi rumah) – samada di rumah atau di luar dan rakyat sekarang berbelanja lebih untuk budaya, santai dan gaya hidup.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1623000981252023&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=1&theater