Syed Mokhtar tersenarai dalam senarai hero kerja amal Forbes

Kenapa begitu ramai orang cemburu dengan individu ini?

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary telah dinamakan Forbes sebagai salah seorang dari 48 hero kerja-kerja amal serata dunia untuk tahun 2014.

Forbes menganggarkan Syed Mokhtar telah mendermakan lebih $500 juta dolar (RM1.8 bilion) setakat ini.

Jika beliau memberikan RM 1.8 bilion itu kepada anda, anda akan termasuk di dalam senarai 30 Orang Terkaya Malaysia.

Syed Mokhtar telah melakukan kerja-kerja amal di luar Malaysia sejak dekad yang lepas. Beliau telah membantu mendirikan kem pelarian di Pakistan, rumah anak yatim di Guinea dan pusat pemulihan mangsa bencana alam di China, Indonesia dan Iran. Beliau juga telah membuka hospital dan institut di Uganda, Afrika Selatan, Nepal dan Australia, di mana ianya sebahagian daripada usaha-usahanya untuk mempromosikan Islam.

Muzium Kesenian Islam miliknya di Kuala Lumpur kini semakin banyak menganjurkan pameran dan acara. Beliau juga mengasaskan sebuah universiti di kampung halamannya di Alor Setar yang tidak mengenakan sebarang yuran pengajian kepada pelajar miskin dari serata dunia. Setakat tahun lepas, jumlah yang telah disumbangkan beliau adalah $500 juta dolar.

http://www.forbes.com/sites/johnkoppisch/2014/06/25/48-heroes-of-philanthropy-3/3/

$500 juta dolar akan meletakkan seseorang di tangga ke-30 atau 32 terkaya di Malaysia untuk tahun 2014.
http://www.forbes.com/malaysia-billionaires/#page:4_sort:0_direction:asc_search:

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1625946014290853&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=1