Tandatangani Petisyen Bantah Campur Tangan Luar Dalam Kes Anwar

https://petitions.whitehouse.gov/petition/respecting-sovereign-nation-malaysia/0bXNLmhg

Ini adalah petisyen meminta Amerika Syarikat untuk tidak mengganggu sistem kehakiman negara dan menghormati kedaulatan negara kita, untuk menentang petisyen Anwar Ibrahim yang meminta Amerika Syarikat masuk campur.

Sila share, sebarkan dan mendaftar untuk menyokong kedaulatan negara kita. Kita mahu mengumpul 100,000 tandatangan sokongan dalam satu bulan untuk melawan petisyen Anwar Ibrahim.

Kami rakyat Malaysia amat marah dengan kenyataan White House yang menyatakan kekecewaan mendalam dengan sabitan bersalah terhadap Anwar Ibrahim dengan mempersoalkan kedaulatan undang-undang dan sistem keadilan kehakiman Malaysia.

DNA yang menyokong kes ini dipadankan 16 daripada 16. Anwar juga memilih untuk tidak menawarkan sampel sendiri di mahkamah yang boleh membersihkan namanya. Pada mulanya, Anwar menawarkan 14 saksi, tetapi tiada seorang pun yang datang tampil ke depan. Dia juga menolak pemeriksaan balas.

Berkenaan hal reputasi Malaysia, Amerika Syarikat harus melihat kepada isu hak asasi manusia mereka sendiri dahulu dan menghentikan penyeksaan tahanan di Guantanamo Bay. Kami rakyat Malaysia yang cintakan keamanan menggesa Amerika Syarikat berhenti campur tangan dalam badan kehakiman dan kedaulatan undang-undang Malaysia.