Tiada Perhimpunan dirancang untuk Anwar atau tidak lagi mendapat sambutan?

PKR tidak akan mengadakan sebarang perhimpunan pada 10 Februari, hari di mana Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan keputusannya berhubung dengan rayuan kes liwat II Anwar Ibrahim dan hukuman penjara 5 tahun.

“Semestinya kita akan lawan. Ada beberapa kaedah untuk kita lawan. Tapi kita akan guna kaedah pilihanraya,” Kata Johari Abdul, Ahli Parlimen PKR Sungai Petani di dalam satu sidang media. http://www.malaysiakini.com/news/287691

“Kita akan ikut cara itu dan tidak akan buat lebih dari itu,” tekan Johari lagi.

Pada tahun 1998 atau 2013, cara yang disebut di atas tidak difikirkan langsung!

Jika mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun itu kepada Anwar, itu bermakna Anwar tidak dapat bertanding di dalam PRU sehingga 2025: Anwar akan terlepas PRU 14 dan PRU 15.

Anwar akan berumur 76 tahun pada ketika itu. Dan sekiranya beliau menunggu untuk PRU 16, dia akan berusia 79 tahun, memasuki usia 80 tahun.

Karier politik Anwar akan berakhir sekiranya beliau didapati bersalah dan ke penjara. DAN TIADA SEBARANG PERHIMPUNAN UNTUK 10 FEBRUARI, DI HARI KEPUTUSAN KES INI AKAN DIKETAHUI? ANDA BERGURAU KE? ANDA PASTI?

Tiada perhimpunan yang dirancang atau anda tidak lagi mendapat sokongan ramai untuk sama-sama turun berhimpun?

Sokongan untuk Pakatan Rakyat dilihat merosot selepas PRU 13, apabila semakin ramai yang mula sedar mereka sebenarnya ditipu oleh orang-orang Pakatan ini.

Sejak perhimpunan Black Out 505 yang dijalankan di Padang Merbok pada 22 Jun 2013, tiada lagi perhimpunan anjuran Pakatan yang berjaya menarik sokongan yang besar. Perhimpunan Turun, Kangkung, Anti GST atau BERSIH kesemuanya gagal menarik penyertaan yang ramai selepas PRU 13.

Langkah Kajang yang gagal yang didalangi Rafizi Ramli telah membuktikan bahawa individu-individu di dalam Pakatan semuanya tidak boleh dipercayai dan gilakan kuasa.

Malah ceramah-ceramah Anwar dan Pakatan turut gagal untuk mencatatkan kehadiran yang ramai. Kecuali di Teluk Intan. Itu pun kerana Pilihanraya Kecil Teluk Intan sedang berlangsung. Tapi, ini adalah sebuah PRK yang menarik kerana ia menyaksikan pertembungan calon hero tempatan berdepan seorang gadis melayu yang comel. Dan Pakatan kalah. Kalah dan hilang lebih 7000 undi berbanding apa yang diperolehi ketika PRU 13.

Dan semasa perbicaraan kes Liwat II berlangsung, Pakatan gagal menarik penyertaan 1000 dan keatas penyokong. Malah, dalam kebanyakkan tarikh perbicaraan berlangsung, Pakatan sentiasa mencari alasan kenapa hanya 50-100 sahaja penyokong yang hadir.

Sama ada orang ramai sudah mula hilang sokongan terhadap PR (Saya fikir Penyokong PAS adalah golongan ini) atau tiada lagi peruntukkan dari NED kerana penaja asing semuanya kecewa Pakatan gagal menawan Putrajaya pada PRU yang lepas. Dan mereka akhirnya sedar bahawa zombie-zombie Pakatan ini semua hanyalah mereka yang gilakan kuasa, tidak kompeten dan tidak boleh dipercayai.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1620681448150643&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=1