Tok Pa – “BN Tak Perlu Letak Calon di Chempaka”

Kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berhubung keperluan BN untuk bertanding di Pilihanraya Kecil DUN N6 Chempaka.

Dalam satu kenyataan semalam, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Barisan Nasional tidak perlu meletakkan calon di PRK Chempaka kerana tumpuan harus diberikan kepada usaha membaikpulih negeri Kelantan yang teruk dilanda banjir baru-baru ini.

Beliau berkata, tindakan itu juga boleh mengelakkan perpecahan yang mungkin berlaku kerana pilihanraya lazimnya akan mengundang ketegangan seperti yang lazimnya berlaku di mana-mana pilihanraya sebelum ini, kecil mahu pun umum. Namun beliau menegaskan, ianya adalah pandangan peribadinya dan segalanya tertakluk kepada keputusan pucuk pimpinan tertinggi BN untuk meletakkan calon atau tidak.

“Sebenarnya masih terlalu awal untuk kita berbicara mengenai PRK ini kerana kerana Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru sahaja Meninggal dunia. Tetapi disebabkan ada pertanyaa, maka saya respon kepada pertanyaan itu. Tidak sesuai kita bercakap mengenai PRK kerana tidak menghormati keluarga Allahyarham yang baru meninggal sehari.”

“Bagi saya secara peribadi, mungkin tidak perlu BN meletakkan calon sekiranya ada PRK kerana saya nak tumpu kepada kerja-kerja pemulihan banjir, ada banyak lagi tugas yang perlu dilakukan supaya dapat diselesaikan dalam tempoh ditetapkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, adalah elok mengelakkan perpecahan dalam kalangan rakyat kerana apabila ada pilihan raya, maka akan ada pergeseran dan perbalahan, sekali gus merenggangkan perpaduan.

Sementara itu, Pemuda UMNO Malaysia juga berkata, BN mungkin tiada keperluan untuk bertanding di PRK DUN Chempaka kerana usaha-usaha pemulihan banjir masih belum selesai di sana.

Ketuanya, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata kerjasama yang erat sangat diperlukan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri untuk melicinkan proses membaikpulih Kelantan, negeri yang paling teruk dilanda banjir. Tambahnya lagi, kerjasama ini mungkin akan tergendalam sekiranya BN mengambil keputusan untuk bertanding di Chempaka

http://www.utusan.com.my/berita/politik/barisan-nasional-tidak-perlu-letak-calon-1.59599

http://www.therakyatpost.com/news/2015/02/15/no-need-chempaka-focus-flood-rehabilitation-instead-says-khairy/