Tony Pua rahsiakan hal pinjaman penyambung Ananda Krishnan berjumlah RM 2 Bilion

YB Tony Pua, berapa kali orang ramai perlu memberitahu anda bahawa 1MDB bukanlah sebuah dana kekayaan negara. Ia sedikit pun tidak menepati ciri-ciri sebuah dana kekayaan negara yang akan melaburkan sebarang wang lebihan.

Ia adalah sebuah syarikat pelaburan strategik yang dimiliki oleh kerajaan.

Kedua, mengapa anda tidak mendedahkan informasi bahawa Ananda Krishnan adalah penjamin untuk pinjaman penyambung berjumlah RM2 bilion semenjak awal-awal pinjaman ini diluluskan?

Kenapa Ananda Krishnan berindak sebagai penjamin? Dia sudah tiada kerja lain mahu dibuat?

Ketiga, dengan adanya Ananda Krishnan sebagai pelabur pertama (cornerstone investor), ia sebenarnya akan dapat meningkatkan kejayaan dan keyakinan untuk sebarang tawaran awam permulaan (IPO) di masa akan datang.

Jadi, mengapa Ananda Krishnan? Mengapa tidak taikun lain?

1) Jadi, mengapa kerajaan tidak memperbaharui perjanjian pembelian tenaga untuk sebuah loji janakuasa milik kerajaan yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM2.5 bilion yang akhirnya menyebabkan 1MDB dikritik dengan hebat?

2) Mengapa 1MDB membayar lebih untuk pembelian aset Tanjong itu jika mereka mengetahui perjanjian pembelia tenaga loji Powertek, yang menjana separuh dari keuntungan perniagaan tenaga Tanjong, tidak akan diperbaharui?

3) Kenapa pinjaman penyambung RM2 bilion itu dijamin oleh Ananda Krishnan? Bayangkan anda menjual rumah anda kepada orang lain dan anda sendiri yang menjamin pinjaman orang tersebut untuk membeli rumah anda! Tawaran yang sangat menarik, bukan?

4) Kenapa 1MDB tidak mahu membayar RM2 bilion itu walaupun mereka mempunyai tunai yang cukup untuk berbuat demikian?

5) Dan mengapa Ananda Krishnan mahu melabur di dalam 1MDB sedangkan beliau telah meninggalkan perniagaan tenaga 2 tahun lepas?

Inilah jawapan kepada persoalan-persoalan dia atas:
https://www.facebook.com/wakeupmalaya/photos/pb.568824709898951.-2207520000.1422789834./716855035095917/?type=1&theater

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1621186021433519