Adakah Rakyat Harus Membayar GST 6%

Jadi, berapa yang harus rakyat Malaysia bayar? Adakah mereka harus membayar tambahan 6% kepada jumlah harga barangan dan perkhidmatan?

Dalam satu laporan berita tempatan bertarikh 21 Okt, Pengarah Eksekutif PricewaterhouseCoopers Malaysia, Raja Kumaran dan perunding syarikat itu Tim Simpson memberi penjelasan tentang mekanisma GST dalam cara yang lebih mudah difahami.

Jika sistem percukaian negara ini dilihat dengan lebih dekat, akan didapati rakyat Malaysia telah pun membayar cukai jualan dan perkhidmatan (SST)yang menjadi sebahagian daripada kos barangan dan perkhidmatan tanpa disedari.

Rakyat Malaysia sudah pun maklum dengan cukai 6% bagi perkhidmatan tertentu seperti di hotel dan restoran mewah. Satu lagi cukai penggunaan yang selama ini dibayar rakyat tanpa disedari adalah cukai jualan.

“Sebagai contoh, minuman berkarbonat dikenakan cukai jualan 10%, tetapi lazimnya pengeluar tidak menyatakan cukai itu dalam bil kepada pengguna akhir. Jika minuman itu dikatakan berharga RM11, harga sebenarnya adalah RM10 ditambah dengan cukai sebanyak RM1.”

“Bagaimanapun, pengguna menyangka mereka membeli minuman berharga RM11 dan bukannya RM10 ditambah dengan cukai RM1,” kata mereka dalam laporan itu.

http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2013/10/21/Real-impact-of-GST-on-cost-of-living-It-helps-change-the-way-we-pay-tax-provides-more-transparent-s/?style=biz