Ali Abdul Jalil Marahkan Anwar

Seorang aktivis, dari kumpulan Rejimen Anarki, Ali Abdul Jalil yang kini melarikan diri ke Sweden melabel Anwar Ibrahim sebagai “CONMAN paling legend di Malaysia”.
Menurut mykamus.com, ‘conman’ bermaksud seorang manusia yang suka memperdaya dengan kata-kata manis atau penipu.

Kenyataan Ali tentang Anwar Ibrahim:

Anwar Ibrahim berbeza, dia bukan pejuang rakyat. Dia berjuang untuk kepentingan diri sendiri. Dia hanya mahu jadi PM dan dia sanggup buat apa saja untuk capai cita-cita dia. Jangan taksub buta-buta.

Kita simpati pada nasib ahli keluarga dia. Terutama kak Wan Azizah yang terpaksa besarkan anak-anak dan lalui pelbagai dugaan yang diterima sewaktu Nuar kena penjara tahun 1999 dulu. 6 tahun Nuar kat dalam, Kak Wan terpaksa tanggung semua benda ni. Dia jadi ibu, ahli parlimen Permatang Pauh, Presiden PKR dan dicaci maki. Kak Wan seorang wanita yang baik. Kalau perempuan lain, Nuar kena tinggal lama dah.

Anwar adalah neo liberal barua Amerika. Itu hak dia. Tapi bila dia buat benda tak senonoh, kemudian dia menipu rakyat pusing cerita sampai orang betul betul percayakannya. Dia guna nama Qardawi, Erdogan, BJ Habibie jaja seluruh Malaysia. Tapi dia tak cerita hubungan dia dengan Paul Wolfowitz, George Soros dan ramai pemimpin lain.

Yes, itu hak dia nak kawan dengan siapa pun. Tapi jangan sebab nak jadi PM, sanggup gadaikan negara dan benarkan imperialisma kuasai Malaysia.

Ramai mahasiswa yang dibuang universiti, digantung pengajian disebabkan Nuar. Ramai rakyat Malaysia yang didakwa di mahkamah, dibuang kerja disebabkan Nuar. Rakyat bergaduh sesama sendiri sampai sanggup putus sahabat dan semangat kebencian yang meluap-luap sehingga sanggup hilang saudara kerana Nuar. Dia jelajah seluruh Malaysia suruh orang simpati kat dia dan suruh orang sokong dia. Nuar bukan bela rakyat, tapi dia nak simpati rakyat supaya dia menang jadi PM.

Aku minta maaf pada kawan-kawan Pakatan Rakyat. Aku cuma tak nak korang tertipu. Cuba bayangkan kalau Nuar jadi PM, kau ingat Malaysia akan bebas tentukan dasar negara cara kita? Lihat apa jadi di Libya, Mesir, Syria, Iraq, Afghanistan, Yemen, Georgia dan Ukraine. Neo imperialis buat propaganda burukkan kerajaan kemudian dia letak boneka dia jadi pemimpin tinggi kerajaan. Akibatnya, negara akan dikuasai neo imperialis baru dan kau tidak lagi bebas tentukan dasar negara dengan cara kau sendiri. Negara kau dijajah atas nama demokrasi yang sebenarnya didalangi Fascist.

Aku hormati kawan-kawan yang berjuang kerana rakyat. Yang susah payah bantu orang miskin, anak yatim, ibu tunggal dan masyarakat. Adalah lebih baik kita fokus bantu rakyat, bukan bantu individu penipu yang hanya gila nak jadi PM. Jangan heret rakyat untuk kepentingan peribadi kau. Rakyat Malaysia ada maruah. BN atau PR sama saja, keduanya parti aristokrat borjouis yang mahukan jawatan dan wang.

Terpulang lah pada korang semua. Cuma aku boleh katakan “Anwar Ibrahim adalah CONMAN paling legend di Malaysia”.

Anwar Ibrahim pandai menipu dan buatkan orang betul-betul percayakannya.

Satu hari nanti, kau akan tahu siapa dia Anwar Ibrahim.


 








Ali yang terkenal sebagai aktivis yang anti dengan institusi beraja di Malaysia kini melarikan diri ke Sweden, sebuah negara yang juga mengamalkan sistem beraja.

Aktivis itu melarikan diri untuk menggelakkan dirinya disiasat dan didakwa mengikut Akta Hasutan 1948.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1026861044010660&set=a.429425787087525.113647.100000603219367&type=1