Awas Harga Barangan Akan Naik Kalau Peniaga Tidak Mansuhkan Cukai Lama 10%

Kerajaan akan menggunakan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya apabila Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada April 2015.

Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 merupakan suatu Akta yang berkuatkuasa terhadap kawalan harga barang dan caj bagi perkhidmatan serta mengawal aktiviti mencatut atau pengambilan keuntungan tinggi yang tidak munasabah dikalangan peniaga yang tidak bertangungjawab.

Kebiasaannya harga barangan ini akan naik kerana peniaga tidak memansuhkan cukai 10% daripada sistem asal, tapi terus memasukkan 6% daripada sistem GST kepada harga barangan tersebut. (seperti yang hampir berlaku terhadap harga kad prabayar syarikat telekomunikasi dan telah diberi arahan untuk tidak dinaikkan harga oleh Kastam)

Sementara itu, menurut Pengarah Eksekutif PricewaterhouseCoopers Malaysia, Raja Kumaran dan perunding syarikat itu Tim Simpson pada satu artikel yang ditulis mereka pada Oktober 2013, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2010 menjadikannya haram kepada perniagaan untuk meningkatkan harga sebanyak 4% secara menyeluruh dengan pengenalan GST (dengan andaian GST diperkenalkan pada kadar 4% pada waktu itu) dan apa-apa keputusan harga yang dibuat oleh ahli perniagaan mestilah berpatutan jika tidak penalti berat mungkin dikenakan.
http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2013/10/21/Real-impact-of-GST-on-cost-of-living-It-helps-change-the-way-we-pay-tax-provides-more-transparent-s/?style=biz

Di negara kita, termasuk negara-negara yang sedang membangun, berlaku situasi yang disebut ‘black economy atau shadow economy,’ di mana berlaku ketirisan yang melibatkan puluhan bilion ringgit kerana tidak patuh cukai.

Tetapi apabila laksanakan GST, amat sukar untuk lari, terutama kepada peniaga. Ia akan mengurangkan karenah birokrasi, menjamin ketelusan dan menjadikan harga barangan lebih berpatutan