Azmin Tidak Memahami Terma Perjanjian Air

Mantan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim membuka rahsia besar Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Azmin Ali yang sedang cuba bermain dengan sentimen rakyat.

PKR sekarang ini, dalam ceramah-ceramah dan sembang-sembang kedai kopi mereka menyatakan, kononnya Kerajaan Negeri Selangor sebenarnya mahu memberikan air percuma kepada semua rakyat Selangor, tetapi dihalang oleh Kerajaan Persekutuan yang asyik menuntut hutang air.

Jadi, terpaksalah Pakatan Rakyat Selangor mengenakan bayaran walaupun untuk memudahkan rakyat, diberikan 20 meter padu air secara percuma.

Namun Khalid Ibrahim yang sekarang ini merupakan Ahli Parlimen BEBAS, menyelar sikap beretorik dan berdrama Azmin Ali. Bekas Menteri Besar itu menyelar tentang usaha Azmin Ali cuba bermain sentimen menerusi keputusannya enggan berunding dengan Kerajaan Persekutuan membabitkan industri air Selangor.

Menggunakan alasan kononnya mahu menjaga kedaulatan Selangor kerana yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat Selangor adalah TANAH yang kononnya ‘akan dirampas’ oleh Kerajaan Persekutuan, Khalid Ibrahim sama seperti Maximus Ongkili menyelar Azmin Ali kerana tidak faham terma dan kandungan perjanjian yang dibacanya.

Malah Khalid Ibrahim turut menyatakan, kegagalan penstrukturan air Selangor akan menyebabkan syarikat-syarikat konsensi air menuntut pampasan bernilai RM2 bilion dari Kerajaan Negeri Selangor, sekaligus akan menaikkan tarif air sebanyak 52% sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang konsensi.

Inilah yang dinamakan UBAH dan INI KALILAH!

Sekarang, barulah seragam antara Pulau Pinang dengan Selangor kerana Pulau Pinang lebih awal menaikkan tarif airnya tanpa banyak cerita dan tanpa banyak publisiti.

Sumber: http://theflyingkick.blogspot.com/2015/03/pkr-sedang-temberang-kononnya-selangor.html