Barangan Dan Produk yang dijangka Terkesan Dengan Perlaksanaan GST

Jika anda akan membeli-belah sebelum 1 April ini, anda perlu membeli barang-barang yang akan terkesan dengan GST:

  • Tablet, telefon bimbit (cukai jualan 10% ini telah dimansuhkan pada tahun 2010 dan sekarang mereka menambah kembali GST 6%)
  • Komputer dan komputer riba
  • Makanan dalam tin
  • Kosmetik
  • Jam tangan
  • Ubat nyamuk (shieldtox, ridsect – Azmin Ali sila ambil perhatian)
  • Makanan diproses (sardin dalam tin, keju, marjerin, mi segera, biskut, jagung atau minyak zaitun)
  • Urut dan refleksologi (jika anda pergi untuk yang ‘kotor’ di mana mereka mengambil wang tunai sahaja maka tidak perlu bimbang).
  • Pam Ron95 hingga tangki penuh (tidak berkaitan dengan GST tetapi saya menjangkakan harga RON95 akan naik).


Tetapi JANGAN kelam kabut membeli barang-barang ini sebelum April (kerana harga boleh menjadi lebih murah atau kekal sama atau hanya peningkatan yang sangat kecil):

  • Pakaian (sedia ada cukai jualan 10%)
  • Minuman ringan (dikenakan 10% SST sekarang dan dijangka lebih murah di bawah GST)
  • Makanan mentah (tiada GST)
  • Minyak masak berasaskan kelapa sawit atau kacang (dikenakan 10% SST sekarang dan dijangka lebih murah di bawah GST)
  • Barangan rumah seperti TV, peti sejuk, penghawa dingin, seterika elektrik, pengering rambut (dikenakan 10% SST sekarang dan dijangka lebih murah di bawah GST)
  • Susu Tepung (dikecualikan daripada GST)
  • Lampin (dikenakan 10% SST sekarang dan dijangka lebih murah di bawah GST)
  • Kelengkapan peribadi dan barangan rumah seperti tampon, sabun, kertas tandas, ubat gigi, barangan plastik, pencuci pakaian dan bahan pencuci (dikenakan 10% SST sekarang dan dijangka lebih murah di bawah GST)
  • Kereta (10% SST digantikan dengan 6% GST – kedua-dua Toyota dan Honda telah mengumumkan bahawa ia akan menjadi lebih murah)
  • Tidak mengepam diesel atau RON 97 hingga tangki penuh kerana saya menjangkakan harga akan turun pada 1 April (walaupun RON97 mempunyai GST, harga selepas 1 April harus lebih murah)

Jangan membeli/mengumpul stok barangan yang salah, kecuali hanya jika benar-benar perlu.

NOTA: Sila ambil ini sebagai panduan sahaja. Saya tidak memberi jaminan jika maklumat adalah tidak 100% tepat – terutama pada senarai barangan yang JANGAN dibeli kerana wujud SST sedia ada – kerana harga boleh jadi kekal sama atau naik sedikit kerana stok sebelumnya menyusut.

Kategori barangan yang ‘perlu dibeli’ adalah lebih tepat.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1648863768665744