Bukan Salah Najib Warisi Harta Datuknya

A. Kadir Jassin menghentam Najib sekali lagi setelah akhbar-akhbar berbahasa melayu menerbitkan fakta bahawa datuknya, Tan Sri Mohamed Noah Omar yang menanggung kos pengajian Najib dan adik beradiknya yang lain di United Kingdom dan juga kemungkinan mewarisi harta pusaka daripada Noah : http://www.malaysiakini.com/news/290847

Mohamed Noah yang juga datuk kepada Najib, merupakan seorang usahawan berjaya, tokoh korporat utama dan antara hartawan Melayu terkaya pada zaman itu.

Antara pembabitan beliau dalam sektor korporat ialah sebagai pengarah MUI Group, United Malayan Banking Corporation, Matsushita dan Genting Highlands Bhd.

Allahyarham bersama rakan kongsi, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong menubuhkan pusat peranginan di Genting pada 1965, ketika zaman Tunku Abdul Rahman sebagai perdana menteri sebelum menjual kepentingan beliau selepas Genting mula beralih kepada aktiviti perjudian.

Pendapatan Genting Bhd tidak semua datang dari perjudian.

Mereka mempunyai hotel yang besar, perniagaan makanan, perladangan, pembinaan, pembangunan hartanah dan perniagaan tenaga.

Anggarkan bahawa hasil bukan perjudian menyumbang kira-kira 40% – 50% daripada pendapatan keseluruhan kumpulan syarikat.

Walau 50% daripada berbilion masih bernilai berbilion.

Jika waris Noah (3 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki) termasuk Najib melupuskan bahagian yang tidak halal dan membina masjid dan memberikan kepada badan amal, saya tidak melihat apa-apa yang salah dengan PM Najib mewarisi sebahagian harta kekayaan yang masih sangat banyak.

Dan ya, mereka telah membina banyak masjid dan juga melakukan banyak kerja amal.

Ini termasuk masjid Ar-Rahah yang sangat besar di Bangsar South.https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1619051164980338:0

Lagipun, ia bukan kesalahan Najib untuk mewarisi apa-apa kekayaan terus dari datuknya sendiri.

Datuknya juga hidup pada zaman-zaman yang berbeza dalam tahun 1960-an dan 1970-an di mana tidak ada JAKIM, SIS, MAIS, Redhuan Tee, JAIS, PERKASA dan lain-lain.

Kita, generasi hari ini tidak harus menghakimi generasi yang sebelum kita.

Noah berkahwin sebanyak dua kali, pertama dengan Maimun Abdul Manaf dan kemudian dengan Siti Amirah Kusuma. Anak-anak dari perkahwinan pertamanya adalah:

-Rahah, anak perempuan sulung, balu kepada Tun Abdul Razak, yang merupakan Perdana Menteri 1970-1976.
– Suhaila, balu kepada Tun Hussein Onn, yang merupakan Perdana Menteri 1976-1981.
– Fakhriah, yang berkahwin dengan Abdullah Ahmad, ahli keluarga kerabat diraja Johor.

Cucu-cucunya, Najib Razak kini Perdana Menteri, manakala Hishamuddin Hussein ialah Menteri Pertahanan Malaysia pada masa ini.

Isteri keduanya Siti Amirah melahirkan anak tunggal lelaki, Abu Rais.

Nota: Kedua-dua gambar di bawah adalah dari carian umum SSM untung Yayasan Noah, yang memegang sebahagian kecil daripada kekayaan Noah. https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1635863709965750&set=pcb.1635863769965744&type=1&theater
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1635863723299082&set=pcb.1635863769965744&type=1&theater

Pada akhir 2013, aset di Yayasan Noah ini sahaja adalah RM330 juta.

Apabila Tun Razak telah disahkan menghidap Leukemia pada tahun 1975, Najib telah serta-merta dilantik sebagai pengarah sebelum dia berusia 21 tahun.

Tun Razak meninggal dunia hanya 6 bulan kemudian.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1635863769965744